VistaJet Membuka Pintu kepada Dunia Persendiriannya

Gerbang ke hartanah dan destinasi yang paling dikagumi di seluruh dunia untuk memudahkan perjalanan persendirian


LONDON, Oct. 30, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Apabila privasi dan keselamatan menjadi semakin penting buat pelancong global12 VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal mengumumkan Private World serta membuka pintu eksklusif kepada rakan niaga, hotel, tempat kediaman, pulau peribadi, kapal pesiar dan destinasi ski yang diutamakan VistaJet di seluruh dunia. Private World VistaJet merupakan program global untuk perjalanan persendirian, suatu perkhidmatan untuk berasa selesa bagaikan di rumah sendiri merentasi seluruh benua.

Sentimen tentang pelancongan sedang berubah. Keluarga dan perniagaan mahu membuat perjalanan semula, walaupun sebelum vaksin COVID-19 tersedia secara besar-besaran3. Apabila harga dianggap sebagai faktor paling tidak penting semasa membuat tempahan4, maka 79% daripada UHNWI lebih cenderung untuk melancong menggunakan jet peribadi5 berbanding sebelum ini, memandangkan ini merupakan penyelesaian penerbangan yang lebih selamat dan lebih diyakini. Namun, sehingga kini, kerumitan membuat tempahan di destinasi kekal menjadi kebimbangan buat kebanyakan pelancong.

Private World mengekalkan makna sebenar hospitaliti, dengan memberikan manfaat pasukan bersepadu yang bersedia untuk menyokong mereka pada mana-mana langkah kepada setiap Ahli, tidak kira sama ada mereka membuat perjalanan untuk tujuan perniagaan, pengembaraan atau bersantai. Ahli VistaJet merupakan komuniti unik yang terdiri daripada pemimpin perniagaan global, usahawan, orang berwawasan, pengasas, orang kenamaan, golongan diraja dan keluarga. Private World akan menawarkan mereka akses yang lancar kepada suite, estet bersejarah, tempat mencari ketenangan persendirian, kapal pesiar dan lereng ski — melalui perkhidmatan pintu ke pintu yang paling ringkas. Ahli tidak perlu mendaftar masuk, privasi dijamin dan pelbagai perkhidmatan peribadi untuk menjadikan perjalanan ini semudah yang mungkin.

Private World termasuklah rakan niaga yang hebat di seluruh suite, kepulauan, lereng ski, estet dan kapal pesiar. Bermula daripada suite terbaik di bandar yang paling disinggahi pelanggan VistaJet untuk tujuan perniagaan, seperti London, New York, Hong Kong, Los Angeles, Dubai, Milan, Nice, Beijing, Shanghai dan Moscow; sehinggalah resort di laut dan gunung yang paling popular seperti Courchevel, Maldives, The Bahamas, Aspen, Fiji serta destinasi yang luar biasa, serta destinasi yang luar biasa, untuk mengembara di luar grid; dengan tempah semua sebagai kategori memuncul baharu untuk pelancongan persendirian, berkembang kepada estet, pulau dan kapal pesiar bagi memastikan privasi sepenuhnya.

Selain itu, ini merupakan pengalaman pintu ke pintu yang paling lancar, yang disediakan dan dilayani oleh jenama peneraju yang paling berpengalaman dalam hospitaliti. Pejabat Persendirian VistaJet yang mengurus setiap permintaan secara peribadi, akan memperkenalkan Ahli kepada rakan niaga terbaik untuk mula mewujudkan pengalaman perjalanan persendirian mereka, memperibadikan segala-galanya mengikut keutamaan Ahli sebelum mereka meninggalkan rumah untuk menaiki jet persendirian mereka. Buat pertama kalinya, ruang penyambut tetamu di destinasi hanya akan terbuka untuk anda sahaja. Setelah menaiki penerbangan yang unik, Ahli akan meneruskan perjalanan mereka dengan sambutan alu-aluan peribadi daripada Pengurus Besar, akses pantas kepada penginapan mereka tanpa perlu mendaftar masuk, dengan semua perkhidmatan diutamakan mereka sudah tersedia.

Bermula dengan lebih 50 rakan niaga dan hartanah di seluruh serta terus berkembang di lebih banyak lokasi di seluruh dunia, portal Private World VistaJet di vistajet.com/privateworld, menyediakan perkhidmatan portfolio yang lengkap secara eksklusif kepada Ahli. Kategori seperti VistaJet ke Suite, VistaJet ke Kapal Pesiar, VistaJet ke Lereng Ski, VistaJet ke Estet dan VistaJet ke Pulau memudahkan Ahli untuk melayari kandungan dan fungsi carian intuitif membantu Ahli menavigasi melalui peluang dengan cara yang mudah. Untuk menginspirasi klien kami, idea baharu akan dikirim dengan kerap di Instagram @VistaJetWorld.

Naib Presiden Eksekutif Pemasaran dan Inovasi VistaJet, Matteo Atti yang memperkenalkan program baharu ini berkata, “Private World menandakan permulaan transformasi radikal pada bahagian teratas industri pelancongan. Peralihan dalam model perniagaan tidak ditadbir oleh jumlah tempahan, tetapi diterajui oleh kualiti, kepercayaan dan nilai yang dikongsi. Pemilihan rakan niaga kami diinspirasi oleh keinginan untuk melindungi, memelihara dan mempromosikan pihak paling berpengalaman dalam memberikan perkhidmatan hospitaliti yang terbaik. Kami bekerja setiap hari untuk memastikan pelanggan boleh mengakses tawaran terbaik di dunia ini. Ahli kami tahu bahawa apabila mereka memasuki Private World VistaJet, mereka memasuki tempat yang tenang, selamat dan cemerlang.

Sebagai inspirasi, koleksi cadangan Private World VistaJet termasuklah:

VistaJet ke Suite
dengan The Peninsula Hotels, Dorchester Collection, Four Seasons, Swire Hotels, The Maybourne Group dan Rosewood Hotels & Resorts— diurus oleh Quintessentially Travel
Ahli VistaJet boleh meminta suite dan bilik terbaik di hotel terkemuka di dunia dengan mudah, melalui rakan niaga tempahan kami yang memenangi anugerah iaitu, Quintessentially Travel.

The Peninsula Hotels terkenal dengan perkhidmatan dan gaya bertaraf dunia di beberapa bandar yang paling mengujakan di dunia. The Peninsula Beverly Hills terletak di dalam taman tropika yang subur, di tengah-tengah Golden Triangle serta dalam jarak yang dekat dari Century City dan Rodeo Drive yang terkemuka. The Peninsula Shanghai yang terletak di Bund, menghidupkan semula era glamor tahun 1920-an Shanghai dan menjadi simbol hospitaliti mewah di sesiaran di depan sungai ikonik bandar tersebut — The Peninsula Suite menawarkan pemandangan indah Pudong merentasi Sungai Huangpu. The Peninsula Beijing menetapkan standard mengagumkan dengan hotel premium yang dipenuhi suite, menunjukkan kesenian dan kehalusan China yang tak lekang dek masa dan terletak berhampiran dengan mercu tanda bandar yang paling termasyhur dan dalam jarak berjalan kaki ke Kota Larangan.

Hotel Bel-Air milik Dorchester Collection merupakan estet legenda Los Angeles yang tak lekang dek masa dan menjunjung budaya perlindungan untuk orang-orang paling berkuasa di dunia, sambil memastikan kerahsiaan sepenuhnya dengan penjagaan sepenuhnya oleh pasukan terlibat. Di estet Inggeris Coworth Park, yang terletak di taman Berkshire mengagumkan yang berkeluasan 240 ekar, terdapat pasukan yang ditetapkan untuk memberikan perkhidmatan yang sangat diperibadikan serta memastikan anda berasa seperti sebahagian daripada keluarga di sana sebelum pulang ke rumah.

Four Seasons Resort Dubai di Pantai Jumeirah terletak di tengah-tengah pantai persendirian yang panjang dan pencakar langit Dubai sebagai latar belakangnya. Dengan 10 restoran dan tempat istirahat paling terkemuka di bandar ini, resort ini merupakan sebuah destinasi tersendiri.

The House Collective oleh Swire Hotels merupakan sekelompok hotel yang sangat berbeza ditubuhkan buat pelancong yang mencari pengalaman yang berbeza, mesra dan diperibadikan. The Opposite House di Beijing merupakan tempat perbezaan dramatik yang mengagumkan dengan karya seni yang membangkitkan deria, direka oleh Kengo Kuma untuk menggabungkan seni moden yang berani dengan tradisi China. The Temple House di Chengdu yang direka oleh Make Architects, menggabungkan reka bentuk moden dengan elemen seni bina Chengdu tradisional - pintu masuknya terletak di anjung laman China yang berusia beratus-ratus tahun, dibina semasa Dinasti Qing dan telah dipulihkan semula dengan baik. Dengan bilik tahap asas yang terbesar di Hong Kong, The Upper House memancarkan rasa kemewahan dan ketenangan yang halus - tetamu boleh menikmati khidmat daftar masuk dalam bilik dan perkhidmatan 24 jam. The Middle House yang terletak di tengah-tengah Shanghai, menimbulkan rasa keringkasan yang seimbang, sementara pemandangan bandar dari bilik pula memperlihatkan seluruh bandar Shanghai.

The Maybourne Group menawarkan dua hartanah yang terkenal di tengah-tengah London. The Connaught dihiasi dengan seni halus, tempat makan berbintang Michelin dan bar Mayfair yang beraura, sementara rumah bandar persendiriannya, The Mews menawarkan hospitaliti tetamu yang mengagumkan dan memberikan anda kunci ke pintu depan anda sendiri. Di tengah-tengah kota tetapi jauh daripada kesibukan bandar, The Berkeley mempunyai pemandangan di seluruh Hyde Park, Belgravia dan lebih jauh, dengan perkhidmatan yang mencetuskan senyuman. Segala-galanya tentang hotel ini adalah sangat berbeza dan segar.

Sorotan Rosewood Hotels & Resorts termasuklah Rosewood Baha Mar — sebuah kawasan perlindungan yang eksklusif dengan suite dan vila di tepi pantai, yang terletak di atas pasir putih indah Cable Beach Nassau di Bahamas, dan dikelilingi dengan air jernih dan gugusan pulau yang tidak berpenghuni. Rosewood Castiglion del Bosco terletak dalam bandar yang tersenarai dalam UNESCO iaitu Val d’Orcia di rantau pembuatan wain Montalcino dan menawarkan vila yang dipulihkan dengan baik, yang dibina daripada rumah ladang di abad ke-17 dan ke-18. Rosewood Castiglion del Bosco juga berada di sekitar 5,000 ekar estet kampung persendirian yang mempunyai kolam infiniti yang dipanaskan, teres dan taman dengan pemandangan landskap Tuscan yang indah. Rosewood Hong Kong yang menjulang di atas Pelabuhan Victoria, merupakan rumah kepada tempat terpencil urban pertama di Asaya, konsep kesejahteraan bersepadu Rosewood dan dalaman yang sangat terperinci.

VistaJet ke Pulau
dengan Pulau Persendirian Velaa, Virgin Limited Edition dan Pulau Persendirian Laucala
Dilahirkan daripada impian untuk membina tempat istirahat mewah yang terunggul di dunia, Pulau Persendirian Velaa mengetengahkan Lautan Hindi sebagai pentas utama. Private Moments, daripada berkelah di pulau terpencil sehinggalah merasa wain serta aktiviti tanpa had yang boleh dinikmati secara persendirian, daripada satu pusingan golf di Velaa Golf Academy yang direka oleh Kapten Ryder Cup, José María Olazábal, kepada satu-satunya bilik salju Madives di Velaa Spa.

Pulau Necker milik Virgin Limited Edition merupakan definisi pulau mewah, tetapi ini bukan sahaja tentang makanan yang mengagumkan, aktiviti terkini dan kemudahan terbaik; ini tentang perasaan ‘pulang ke rumah’. Pulau yang terletak di atas air jernih biru-hijau sehingga menampakkan terumbu karang di Kepulauan British Virgin ini, merupakan kawasan Caribbean yang menakjubkan dan tidak tercemar, tersedia untuk penggunaan eksklusif dengan 20 buah bilik, menempatkan sehingga 40 orang tetamu. Aktiviti termasuk dua gelanggang tenis, luncur layang-layang, luncur sambil berdiri (wakeboarding), luncur air, bersiar-siar di pulau, yoga, pilates, bersnorkel dan luncur papan. Terdapat banyak hidupan liar unik, dengan lebih daripada 200 ekor flamingo, 60 ekor lemur, kura-kura gergasi dan iguana.

Pulau Persendirian Laucala yang seluas hampir 3,500 ekar merupakan tempat perlindungan di Pasifik Selatan, dengan gabungan landskap hutan hujan, pantai pasir putih dan pendekatan mampan terhadap kehidupan resort. Dahulunya merupakan ladang kelapa, terdapat 25 buah vila di antara pokok kelapa yang beralun dengan pemandangan laut. Dengan kursus kejuaraan 18 lubang 72 par, pelbagai sukan air dan tunggangan kuda di tepi pantai memastikan semua minat akan dipenuhi. Laucala yang hanya boleh dicapai dengan landasan udara jet peribadi yang tersendiri ini menawarkan privasi terunggul di hujung Pasifik.

VistaJet ke Lereng Ski
dengan Auberge Resorts Collection, Caldera House dan The Collection
Auberge Resorts Collection mencipta pengalaman tidak dapat dilupakan di destinasi yang dinyatakan. Portfolionya termasuk pengembaraan sepanjang tahun di Colorado di Hotel Jerome, Auberge Resorts Collection — sebuah mercu tanda Aspen yang moden sejak pembukaannya pada tahun 1889, hartanah tak lekang dek masa ini mempunyai jiwa yang berbeza, penginapan mewah dan keaslian Barat yang memastikan pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Madeline Hotel and Residences, Auberge Resorts Collection di Telluride merupakan tempat permulaan untuk pengembaraan. Hotel ini terletak di hujung ngarai yang subur, di kawasan batu merah menjulang dari tanah dan puncak Pergunungan San Juan yang bersalji, tetamu boleh menikmati akses secara langsung ke lereng ski.

Caldera House yang menetapkan standard baharu dengan kemudahan ski masuk dan keluar di taman negara yang terkemuka ini, merupakan tempat mencari ketenangan terkini Jackson Hole, terletak tidak jauh dari tram ikonik gunung ini. Caldera House menawarkan tetamu privasi kediaman melalui lapan suitenya yang besar dengan semua kemudahan bertaraf hotel lima bintang. Jika anda mahu merasai pengalaman yang diperibadikan, kakitangannya akan dapat mengaturkannya.

L’Empyrée 1850 milik The Collection merupakan apartmen emper dupleks berukuran 250 meter persegi yang menakjubkan di tengah-tengah Courchevel. Emper ini terletak di hujung landasan salji Bellecôte dihiasi pokok dan berhampiran dengan kebanyakan bar, restoran, spa dan outlet membeli-belah yang terbaik di resort ini.

VistaJet ke Kapal Pesiar
dengan Camper & Nicholsons
Camper & Nicholsons yang merupakan salah satu nama paling dihormati dalam bidang kapal pesiar sejak tahun 1782, nama ini sudah sebati dengan kapal pesiar yang merupakan pelopor dan paling terkenal di dunia. Kegemaran VistaJet termasuklah Ocean Emerald di Thailand yang direka oleh arkitek British terkemuka, Lord Norman Foster dan diperbaik pada tahun 2019, siluet 41.3 m Ocean Emerald yang menyerlah ini menggabungkan salon dengan tingkap berpanorama dari lantai ke siling; lima suite yang boleh menempatkan sehingga 10 orang tetamu; stesen permainan dan dua orang tukang masak; seorang menghidangkan masakan Perancis manakala yang seorang lagi menghidangkan masakan Thai. Blush di Caribbean menawarkan prestasi pelayaran yang mengagumkan, bersama dengan tempat pemandangan atas kapal yang luas, menempatkan sehingga 10 orang tetamu. Bella di Bahamas pula merupakan kapal pesiar motor Feadship sepanjang 45 m dengan garisan anggun dan kawasan luar rumah yang indah di seluruh empat dek serta ciri-ciri menakjubkan di sepanjang bahagian dalam kapal, seperti kabin induk dengan pemandangan 180 darjah.

VistaJet ke Estet
dengan The Lauren Berger Collection dan The Collection
The Lauren Berger Collection menampilkan seluruh sewaan hartanah persendirian untuk tujuan perniagaan atau bersantai, dari AS dan Kanada sehingga ke Antartika dan hampir di mana-mana, termasuklah Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika. Brush Creek di Wyoming merupakan resort ladang ternak asli dan memenangi anugerah, dengan 600 ekar ruang pergunungan persendirian dan pemandangan yang menakjubkan; menunjukkan semangat sejati Barat Amerika. Townhouse Edward di Upper East Side New York merupakan rumah bandar tujuh tingkat yang baru diubah suai dalam bangunan bersejarah yang terdiri daripada 11 bilik tidur, 11 bilik air dan tiga bilik solek yang boleh digabungkan dalam satu unit mengikut keutamaan tetamu. Casa Palapa di Riviera-Maya Mexico merupakan rumah di tepi pantai yang mesra ekologi, menampilkan kolam renang seperti anak sungai, dinding terbuka tradisional yang mengalirkan bayu Caribbean, dengan pemandangan pantai di bahagian bawah dan hutan pokok palma yang belum tercemar di bahagian belakang. Isola Santa Cristina merupakan tempat istirahat pulau persendirian bersejarah yang hebat dan hanya terletak 30 minit dari Venice. Burung merak dan kuang bayas yang berkeliaran di dusun aprikot dan di ladang anggur organik, serta anjung yang menarik menawarkan pemandangan menakjubkan sekitar lagun Venice.

The Collection menggabungkan mercu tanda dan vila menarik, kediaman persendirian serta hotel kediaman di tempat istirahat dan destinasi bandar digemari dunia, termasuklah Saint-Jean-Cap-Ferrat, Courchevel, London, Paris dan New York. VistaJet mengesyorkan Villa Wake Up yang terletak di salah satu lokasi paling indah di St. Barths dengan pemandangan laut yang mengagumkan serta akses terus ke Pantai Flamands. Vila yang berkeluasan 1,650 meter persegi ini mempunyai pasukan yang ditetapkan terdiri daripada butler yang berpengalaman, tukang masak persendirian dan pengurus rumah untuk memastikan tetamu boleh berehat sepenuhnya.

Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | press@vistajet.com

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan perniagaan global yang pertama dan tunggal. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding — ekosistem penerbangan persendirian pertama dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian ringan aset merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan.

Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com

VistaJet Limited ialah pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 dan diperbadankan di Malta dengan Nombor Syarikat C 55231. VistaJet dan anak syarikat bukanlah syarikat pesawat pengangkut terus Amerika Syarikat. Pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh pengangkut udara A.S. yang berlesen sewajarnya, termasuk XOJET Aviation LLC.

Bagi tujuan maklumat sahaja. Semua tempahan tertakluk pada terma dan syarat. Semua perjalanan tertakluk pada peraturan dan kawal selia yang berkenaan, termasuk permit dan kebenaran. VistaJet tidak mewakilkan atau menjamin apa-apa sama ada berkenaan keselamatan atau kebolehlaksanaan sebarang tawaran.

1 Travel + Leisure, Will Travel Change After Coronavirus? Here’s What Experts Have to Say
2 Abercrombie & Kent, Luxury Consumer Travel Trends Post Lockdown Revealed
3 McKinsey & Company, The travel industry turned upside down: Insights, analysis, and actions for travel executives
4Id.
5 LUXX Media, Ultra Affluent Consumer Survey

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8c3155f7-007b-42f3-9cf9-99b59da840ad

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e75df89a-bed8-43cd-80ff-b5fc1bd8bd59

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e9c6fa86-69aa-459a-aa32-3715ab53e12d

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e76ba39e-dd2b-484d-9609-65cafd0281b4