Kajian global baharu mendapati orang yang mengalami kesakitan berasa lebih tersisih secara sosial berbanding sebelumnya


  • Edisi terkini bagi Indeks Kesakitan Haleon mendapati separuh (49%) daripada orang yang mengalami kesakitan berasa terhina[1][2]
  • 42% kerap merasa kesepian kerana kesakitan mereka, satu pertiga pula merasa kesepian yang serius (berdasarkan skala kesepian UCLA)[3]
  • 32% orang yang hidup dengan kesakitan berasa takut mereka akan dinilai
  • Wanita, orang bukan kulit pulih dan komuniti LGBTQ+ paling teruk terjejas
  • Gen Z lebih cenderung merasa tidak didengari berbanding generasi Baby Boomers

LONDON, Sept. 29, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sebuah kajian baharu ke atas 18,097 orang di 18 buah negara mendapati bahawa masyarakat semakin kurang bertoleransi terhadap orang yang mengalami kesakitan, walaupun kesan COVID-19 meningkatkan kesedaran kesihatan global.

Edisi kelima bagi Indeks Kesakitan Haleon (HPI)[1] yang dikendalikan oleh syarikat kesihatan pengguna, Haleon, mencadangkan bahawa sikap terhadap kesakitan dalam masyarakat pasca pandemik kini lebih menghakimi dan kurang bertoleransi, dengan separuh (49%) daripada mereka yang mengalami kesakitan berasa terhina dan satu pertiga (32%) takut mereka akan dinilai kerana kesakitan mereka.

Indeks global ini meneroka kesan sebenar kesakitan terhadap kehidupan orang ramai selama hampir sedekad. Kajian tahun ini mendapati bahawa sejak edisi pertama pada tahun 2014, kesan sosial dan emosi daripada kesakitan telah meningkat hampir 25%, dengan stigma dan pengasingan sosial yang timbul daripada kesakitan setiap hari yang semakin meningkat di seluruh dunia. 42% orang yang disoal berkata mereka kerap mengalami kesepian apabila mengalami kesakitan. Perasaan kesepian yang serius muncul di seluruh dunia dengan 38% penduduk di tanah besar China, 33% di Australia dan 32% di United Kingdom melaporkan hal ini. Ini bertepatan dengan amaran tentang kesan kesepian dan pengasingan sosial kepada kesihatan awam yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia[4] dan Epidemik Kesepian[5] yang dinyatakan pada musim bunga 2023.

Dr Linda Papadopoulos, Pakar Psikologi dan Penulis, mengulas: “Kesakitan setiap hari adalah isu kesihatan yang boleh dengan mudah diketepikan atau diremehkan. Ramai yang tidak menyedari kesannya boleh menjadi lebih teruk daripada simptom itu sendiri. Akibat kesepian dan kesan kesihatan mental yang disebabkan oleh kekurangan empati dan dilayan dengan cara yang berbeza hanya menjadi semakin teruk. Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu meningkatkan empati dan pemahaman dalam dunia yang berterusan tegar terhadap isu ini.”

HPI mendapati bahawa orang yang pernah mengalami layanan berat sebelah, diskriminasi dan pengecualian dalam masyarakat adalah yang paling teruk terjejas oleh pandangan yang semakin dingin ini terhadap kesakitan.

  • 58% wanita mengatakan kesakitan mereka dirawat dengan cara yang berbeza, tidak dipercayai atau didiskriminasi berbanding 49% lelaki. Bilangan ini adalah tertinggi dalam kalangan wanita di India (74%), Arab Saudi (74%), Brazil (74%) dan tanah besar China (61%).
  • 59% orang bukan kulit putih mengatakan kesakitan mereka dirawat dengan cara yang berbeza, tidak dipercayai atau didiskriminasi berbanding 48% orang kulit putih. Bilangan ini adalah tertinggi di Brazil (71%), Poland (64%) dan Amerika Syarikat (64%), manakala ini berlaku ke atas 60% di United Kingdom.
  • 44% daripada individu LGBQ+ takut orang lain akan membuat andaian tentang mereka dan kesakitan mereka, berbanding 32% heteroseks. Bilangan tertinggi di India (61%), Amerika Syarikat (54%), Kanada (49%) dan Australia (48%).

Kajian itu juga mendedahkan perbezaan generasi yang jelas dalam cara orang mengalami kesakitan, menunjukkan bahawa pesakit yang lebih muda paling banyak bergelut untuk memberitahu tentang kesakitan mereka dan mendapatkan rawatan:

  • 70% Gen Z mengatakan kesakitan mereka telah dirawat dengan cara yang berbeza, tidak dipercayai atau didiskriminasi, berbanding 40% Baby Boomers. Bilangan ini adalah tertinggi di India (80%), Amerika Syarikat (79%) dan untuk 74% responden UK.
  • 45% daripada Gen Z mengatakan kesakitan menjadi sesuatu yang pantang untuk mereka suarakan, berbanding 35% Boomers.

Walaupun generasi yang lebih tua mendapati lebih mudah untuk menyatakan kesakitan mereka dan mengakses rawatan, mereka adalah yang paling terpinggir dalam hal untuk mengakses maklumat berkaitan kesihatan dalam talian. 45% daripada mereka yang berumur 75–84 tahun berkata mereka mengalami kesukaran untuk mengakses rawatan ini dalam talian kerana mereka tidak rasa yakin untuk menavigasi internet, berbanding 33% secara keseluruhan.

Responden bersetuju tentang keperluan terhadap pandangan yang lebih diperibadikan dan berbelaskasihan terhadap kesakitan. Lebih daripada dua pertiga (68%) orang berkata lebih empati untuk menangani layanan berat sebelah dan pengecualian akan menjadi perbezaan yang ketara terhadap pengalaman kesakitan mereka. Sementara itu, 69% berkata mereka berharap doktor dan 62% berharap ahli farmasi lebih terlatih tentang hakikat kesakitan individu terhadap pesakit yang berbeza.

Lisa Jennings, Ketua Kategori Belian Kaunter Global di Haleon, berkata: “Walaupun kesakitan adalah pengalaman manusia sejagat, mengakibatkan kesepian dan stigma bagi ramai orang, kesannya berbeza antara kumpulan sosial dengan yang paling terpinggir di kalangan yang paling teruk terjejas. Cita-cita kami ialah untuk memecahkan halangan untuk mencapai kesihatan harian yang lebih baik untuk semua orang - tanpa mengira umur, bangsa, etnik, jantina, orientasi seksual, ketakupayaan dan faktor lain. HPI menunjukkan bahawa kita boleh mengurangkan kesan sosial dan emosi bagi kesakitan dengan mengubah persepsi dan perbualan yang berkisar tentang pengurusan kesakitan. Itulah sebabnya kami bertindak melalui beberapa program seperti inisiatif #ListenToPain kami yang sedang dilancarkan kepada profesional kesihatan di seluruh dunia.”

Program #ListenToPain Haleon menyokong profesional kesihatan untuk meningkatkan komunikasi dengan pesakit dan mengadakan perbincangan yang memfokus tentang kesakitan yang disesuaikan dengan individu. #ListentoPain termasuk lima profil yang menggambarkan orang yang mempunyai sikap dan tingkah laku yang berbeza terhadap pengurusan kesakitan yang membantu profesional kesihatan menyesuaikan pendekatan mereka dengan pesakit mereka. Dengan penjagaan yang berterusan, benar-benar memahami betapa kesakitan boleh berubah dari semasa ke semasa bermakna strategi pengurusan kesakitan boleh berkembang dan menjadi lebih berkesan dalam jangka panjang.

Maklumat Hubungan Media

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HPI atau permintaan temu bual, sila hubungi:

Nina.bass@edelman.com

Amy.barker@edelman.com

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Haleon sila hubungi:

gemma.x.thomas@haleon.com

Nota untuk Editor

Perihal kajian Indeks Kesakitan Haleon

Indeks Kesakitan Haleon (HPI) ialah sebuah kajian sosial proprietari, mewakili global dan longitudinal yang dijalankan oleh Edelman Data x Intelligence (DXI). Kajian ini direka untuk memberi suara kepada mereka yang mengalami kesakitan dan menilai keadaan kesakitan yang berkembang. Kajian itu mengenal pasti kesan kesakitan yang dirasakan dalam kehidupan seharian individu, kesihatan, perasaan, emosi, motivasi dan tingkah laku mereka, memberi fokus terhadap pengalaman manusia. Dalam edisi kelimanya, kajian ini menilai halangan keterangkuman kesihatan terhadap rawatan kesakitan yang berkesan. Persepsi daripada lebih 18,000 responden di 18 buah negara telah direkodkan sebagai sebahagian daripada edisi kelima.

Pasaran yang dijejaki dalam HPI 5: Australia, Brazil, Kanada, China, Colombia, Perancis, Jerman, India, Itali, Arab Saudi, Malaysia, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kumpulan umur dibahagikan kepada generasi yang berbeza:

  • Gen Z: mereka yang berumur antara 18-26 tahun
  • Milenium: mereka yang berumur antara 27-42 tahun
  • Gen X: mereka yang berumur antara 43-58 tahun
  • Boomer 1*: mereka yang berumur antara 59-66 tahun
  • Boomer 2*: mereka yang berumur antara 67-77 tahun
  • Senyap: mereka yang berumur antara 78-84 tahun

1*Buat pertama kalinya, Indeks Kesakitan Haleon (HPI) kini merekodkan suara pakar, GP, Ahli Farmasi dan Jururawat dalam 4 pasaran utama: Australia, Jerman, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Dalam edisi pertama ini, kami telah mengumpulkan cerapan daripada lebih 600 pakar (150 setiap pasaran*) melalui tinjauan disesuaikan dalam talian selama 15 minit, mendalami pandangan mereka tentang kesakitan, cabaran mereka sebagai profesional penjagaan kesihatan dan peranan yang boleh mereka mainkan dalam memacu perubahan positif.

2*Di Amerika Syarikat, temu bual kami termasuk gabungan pakar perubatan dan jururawat; di Australia dan Arab Saudi, gabungan pakar perubatan dan ahli farmasi dan di Jerman, gabungan ahli farmasi dan pembantu ahli farmasi.

Perihal Listen To Pain

#ListenToPain adalah sebuah inisiatif global daripada Haleon untuk membolehkan profesional kesihatan memaksimumkan masa mereka bersama pesakit dan membantu mereka memahami pengalaman kesakitan pesakit dengan lebih baik — menyediakan rancangan rawatan yang sesuai untuk pesakit. Terletak di Rakan Kongsi Kesihatan Haleon, platform digital khusus untuk profesional kesihatan, #ListenToPain menyertakan siri alat praktikal untuk interaksi, penilaian dan hasil yang lebih baik. Alat dan sumber untuk ahli farmasi ini akan membantu mereka memahami kesakitan pesakit mereka dengan lebih baik dan menavigasi perbualan mengenai pengurusan kesakitan.

Maklumat lanjut dan rangkaian penuh sumber #ListentoPain boleh didapati di www.haleonhealthpartner.com.

Perihal Haleon
Haleon (LSE / NYSE: HLN) ialah sebuah peneraju global dalam kesihatan pengguna, tujuannya ialah untuk memberikan kesihatan harian yang lebih baik bersama manusia. Portfolio produk Haleon merangkumi lima kategori utama - Kesihatan Oral, Melegakan Kesakitan, Kesihatan Pernafasan, Kesihatan Penghadaman dan Lain-lain serta Vitamin, Mineral dan Makanan Tambahan (VMS). Jenama lamanya - seperti Advil, Sensodyne, Panadol, Voltaren, Theraflu, Otrivin, Polident, parodontax dan Centrum - dihasilkan berdasarkan sains yang dipercayai, inovasi dan pemahaman manusia yang mendalam. 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.haleon.com.

___________________________________________________

1 Haleon. Indeks Kesakitan. 2023. Data pada fail.
2 Indeks Kesakitan Haleon dahulunya dikenali sebagai Indeks Kesakitan Global.
3 Russell, D, et al.,1978. Membangunkan ukuran kesepian. Jurnal Penilaian Personaliti, 42, 290-294. Boleh didapati di: https://fetzer.org/sites/default/files/images/stories/pdf/selfmeasures/Self_Measures_for_Loneliness_and_Interpersonal_Problems_UCLA_LONELINESS.pdf.  [18 September 2023].
4 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). N.d. Pengasingan Sosial dan Kesepian. Boleh didapati di: https://www.who.int/teams/social-determinants-of-health/demographic-change-and-healthy-ageing/social-isolation-and-loneliness  [2023, September 18].
5 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 2023. Risiko Kesihatan bagi Pengasingan Sosial dan Kesepian. Boleh didapati di: https://www.cdc.gov/emotional-wellbeing/social-connectedness/loneliness.htm#:~:text=Social%20isolation%20and%20loneliness%20have,linked%20to%20increased%20risk%20for%3A&text=Heart%20disease%20and%20stroke.,Type%202%20diabetes.  [18 September 2023].