Curia Lantik Gerald Auer sebagai Ketua Pegawai Kewangan


ALBANY, N.Y., Dec. 16, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Curia, sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka, hari ini umumkan Gerald Auer dilantik sebagai ketua pegawai kewangan. Beliau akan menyertai organisasi itu berkuat kuasa 1 Jan. 2024.

“Saya berbesar hati mengalu-alukan Gerald ke Curia ketika kita melangkah masuk ke tahun baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Curia Philip Macnabb. “Gerald membawa pengalaman luas mengetuai bahagian kewangan dengan rekod prestasi yang mengagumkan untuk berjaya. Saya yakin bahawa beliau akan menjadi aset yang tidak ternilai kepada pasukan kami dan akan membantu untuk memperkukuhkan kedudukan kami pada tahun 2024.”

Baru-baru Auer ini berkhidmat sebagai CFO di Al Dahra, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam niaga tani. Sebelum berada di Al Dahra, Auer merupakan CFO di bahagian sains tanaman EMEA di Bayer, sebuah syarikat sains hayat yang memfokus pada penjagaan kesihatan dan pertanian, dan CFO Bayer Switzerland. Beliau menghabiskan lebih 20 tahun di Bayer dan memegang pelbagai peranan kepimpinan dalam jabatan kewangannya, menerajui fungsi kewangan merentas organisasi global di rantau Amerika Utara dan Latin serta Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Auer belajar di Universiti Marburg di Jerman dan memperoleh ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan.

Beliau kini menetap di Basel, Switzerland bersama keluarganya, tetapi merancang berpindah ke Raleigh, North Carolina pada 2024.

“Curia ialah sebuah syarikat dinamik dalam bidang CDMO dengan misi yang berinspirasi untuk meningkatkan kehidupan pesakit,” ujar Auer. “Saya tidak sabar-sabar mahu bekerjasama dengan pasukan berbakat di Curia untuk membantu memacu misi tersebut untuk pelanggan kami dan pesakit mereka.”

Perihal Curia

Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka yang menyediakan produk dan perkhidmatan daripada R&D melalui pembuatan komersial kepada pelanggan farmaseutikal dan biofarmaseutikal. Hampir 4,000 pekerja Curia di 27 lokasi di seluruh A.S., Eropah dan Asia membantu pelanggannya beralih daripada rasa ingin tahu kepada pemulihan. Ketahui lebih lanjut di CuriaGlobal.com.

Maklumat Hubungan Curia:
Viana Bhagan
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com