Pertandingan Dron Antarabangsa Pertama Dunia Akan Menerangi Langit Nha Trang pada Julai 2024 Ini


NHA TRANG, Vietnam, June 28, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) --  Bermula 13 hingga 20 Julai, pertandingan dron antarabangsa pertama dunia - Drone Light Battle 2024: Ever Glamour Nha Trang (EGN 2024), akan diadakan di bandar pesisir pantai Nha Trang yang cantik, wilayah Khanh Hoa, Vietnam.

Untuk dua malam, empat pasukan dari China, Korea Selatan, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu, setiap satunya memperagakan teknologi dron yang canggih, akan bertanding di bawah tema yang berbeza: "Glamour Nha Trang" dan "Night of the Wonders". Setiap malam akan mempamerkan dua pasukan, dengan persembahan selama 20 minit yang menampilkan persembahan menakjubkan dengan sekurang-kurangnya 1,000 dron setiap satunya. Pentas udara hebat dengan cahaya dan muzik yang menerangi langi Nha Trang menjanjikan pengalaman visual dan bunyi yang paling mengagumkan untuk para penonton.


Ever Glamour Nha Trang 2024 akan berlangsung pada Julai 2024 ini

EGN 2024 akan menandakan aras baharu untuk pelancongan Vietnam dengan pesta cahaya berskala terbesar dunia yang pernah diadakan tahun ini. Lapan persembahan yang akan menggunakan 8,000 dron dalam masa sebulan di Bandar Nha Trang, Wilayah Khanh Hoa, bermaksud rekod baharu mungkin dibuat untuk pertunjukan cahaya dron udara di sebuah negara terutamanya, serta di Asia Tenggara secara umum.

Pesta ini akan menguji keupayaan teknologi dron, mempamerkan inovasi seperti dron super ringan, dron ringan ultra dan piro-dron.

Sebagai satu daripada acara yang ditunggu oleh para pelancong global, EGN 2024 dijangkakan menjadi setara dengan pesta cahaya terbesar dunia, seperti Vivid Sydney (Australia), Fête des Lumières (Perancis), Diwali (India) dan Bright Christmas Festival (Brazil). Ia akan melampaui pesta cahaya tradisional untuk membawakan pengalaman luar jangkaan - limpahan teknologi, cahaya, muzik dan aktiviti kebudayaan di tepi laut. Dijangkakan sekitar 1 juta pelawat domestik dan antarabangsa akan datang ke Bandar Nha Trang semasa acara yang paling dinantikan ini.

Persembahan muzik langsung daripada artis Vietnam terkemuka, seperti Divo Tung Duong, Van Mai Huong, Phuong Ly dan MONO akan menemani pertunjukan seni dron ini, membawakan persekitaran seakan konsert menarik untuk pesta ini.

Bandar Nha Trang telah menawan hati para pelancong dari serata dunia untuk alam sekitarnya yang memukau, kaya dengan nilai kebudayaan dan hiburan tanpa bandingan. Musim panas ini, ia akan menjadi lebih sibuk lagi dengan keseronokan siang dan malam tanpa henti, termasuk pengalaman suasana malam, lawatan penjelajahan laut, syurga beli belah dan pertunjukan menakjubkan di lautan. Acara besar seperti International Ocean Tourism Festival, WonderFest Nha Trang oleh Vinpearl & VinWonders, serta EGN 2024 mengukuhkan lagi kedudukan bandar tersebut sebagai hab rekreasi terkemuka di Vietnam dan Asia Tenggara.

Mr. Dinh Van Thieu, Naib Pengerusi Khanh Hoa Provincial People's Committee, berkata: “EGN 2024 merupakan peluang untuk wilayah Khanh Noa dan bandar Nha Trang bagi meningkatkan potensi pesta kebudayaan dan seni, seterusnya menjadikan bandar tersebut sebagai satu daripada tumpuan acara antarabangsa yang utama. Kami berharap EGN akan menjadi keistimewaan Nha Trang dan menjadi arena penting untuk persembahan dron bertaraf dunia.”

EGN 2024 diarahkan oleh Khanh Hoa Provincial People’s Committee dan dianjurkan oleh Khanh Hoa Department of Tourism dan Corex Business Solutions. Acara ini menampilkan senarai rakan usahasama dan penaja berprestij, termasuk jenama terkemuka Vietnam dan antarabangsa, seperti Vinpearl, VinWonders, Heineken, Agribank, VCN, Chicilon Media…

Acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu berturutan, 13 dan 20 Julai, di April 2nd Square (2/4 Square) dan VinWonders Nha Trang. Bersiap sedialah untuk pertandingan dron antarabangsa di Nha Trang melalui: https://www.facebook.com/egnfest

Tentang Wilayah Khanh Hoa

Terletak di sepanjang Pesisir Tengah Selatan Vietnam, Khanh Hoa mempunyai pesisir pantai hampir sepanjang 400 kilometer, dengan lebih daripada 1,000 kemudahan pelancongan merentas wilayah tersebut. Tempat ini terkenal di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa kerana pantainya yang memutih, diiringi dengan air membiru yang jernih, semuanya berlatarbelakangkan pemandangan semula jadi yang memukau. Tiba sahaja di bandar Nha Trang, tumpuan utama wilayah Khanh Hoa, pelancong dihidangkan dengan limpahan produk pelancongan berkualiti tinggi, pelbagai hidangan yang menyelerakan dan pelbagai tapak bersejarah dan mercu tanda terkenal.

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c63d8899-50b6-4fb1-aab9-d214dd81049d


 

Contact Data