House of Sillage Meraikan Keriangan Musim Perayaan


Newport Beach, Calif., Nov. 20, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- House of Sillage, peneraju dunia minyak wangi unggul, meraikan musim perayaan Krismas dengan Holiday by House of Sillage. Minyak wangi menawan ini menonjolkan kehangatan dan kemurahan hati musim perayaan dengan wangian meriah mandarin, pic dan vetiver.

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/dc9ebf05-4a4e-4d7d-a131-91c9e48e728c

Diinspirasikan daripada lampu berwarna-warni pokok Krismas di Rockefeller Center di New York City, penutup berbentuk glob salji memaparkan pemandangan indah, disalut emas dan emas putih 18 karat, di mana salji yang turun bergemerlapan meliputi segalanya. Wangian mewah ini dihiasi 63 kristal Swarovski berwarna yang ditempah khas, dengan kemasan tangan dan dipersembahkan dalam botol kaca lakuer ombre yang menarik.

Keajaiban perayaan muncul daripada wangian bunga dan sitrus ini, serta memberikan perasaan teruja dan kegembiraan yang sering dirasai semasa musim perayaan tahunan ini. Wangian segar Holiday by House of Sillage membawakan emosi indah ini dan menonjolkan kehangatan, keindahan dan kemurahan hati musim perayaan Krismas. House of Sillage memberi penghormatan kepada kesenian, tradisi dan kepakaran minyak wangi klasik yang tiada tandingan, sambil menjangkaui kelaziman moden. “Kami telah mencipta minyak wangi yang mewah dan sofistikated, dengan mengumpulkan kepakaran individu yang telah menumpukan keseluruhan hidup mereka untuk keindahan tertentu ini,” kata Pengasas, Nicole Mather. Mather dan House of Sillage telah mengumpulkan komponen yang sukar didapati dari seluruh dunia untuk menciptakan wangian yang indah dan mengasyikkan, iaitu minyak wangi Holiday by House of Sillage.

House of Sillage berpusat di California dan dihasilkan di Perancis. Syarikat ini mencipta minyak wangi yang luar biasa, dengan botol cantik yang menakjubkan. Di bawah bimbingan Pengasas, Nicole Mather, House of Sillage memberi tumpuan terhadap mengekalkan dan menjangkaui takrifan sebenar kemewahan. Lawati www.HouseOfSillage.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Foto ini juga tersedia di Newscom, www.newscom.com dan melalui AP PhotoExpress.


            

Coordonnées