IMImobile menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Global dengan Telenor Group


LONDON, March 16, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- IMImobile (LSE:IMO), iaitu sebuah penyedia perisian dan penyelesaian komunikasi awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Global dengan Telenor Group berikutan proses tender yang kompetitif.

Di bawah perjanjian itu, IMImobile akan membekalkan Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital awan, Sistem Pemayaan VAS (Perkhidmatan Nilai Tambahan) dan perkhidmatan kepada Unit Perniagaan Telenor merentasi seluruh Telenor Group. Platform ini akan diguna pakai dalam persekitaran awan yang selamat, dan akan menyokong visi jangka panjang Telenor untuk memayakan keupayaan rangkaian serta meningkatkan keberkesanan perniagaan terasnya.

Telenor Group merupakan salah satu operator mudah alih yang terkemuka, yang menyediakan perkhidmatan jarak jauh, data dan media untuk 214 juta pelanggan dalam 13 pasaran meliputi Scandinavia, Eropah Tengah dan Timur, serta Asia.

Nitin Gupta, Aplikasi Perniagaan Pakar Kumpulan Kanan, di Telenor Group berkata: “Sepanjang proses tender, IMImobile telah berjaya menunjukkan bahawa Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital dan produk Pemayaan VAS-nya memenuhi kriteria kami untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan digital merentasi seluruh Kumpulan. Kerjasama ini akan membolehkan Telenor Group bertindak balas terhadap permintaan besar untuk mengubah dan mengoptimumkan proses perniagaan kami secara digital, lalu memberikan penghantaran perkhidmatan yang lebih cepat dan cekap.”

Jay Patel, Ketua Pegawai Ekselutif di IMImobile berkata: “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Telenor dalam salah satu projek transformasi perniagaan utama mereka. Dengan menyepadukan Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital awan kami, Telenor boleh memacu aspek penjimatan kos dan masa ke pasaran yang lebih cepat bagi perkhidmatan pelanggan digital dan bersatu yang baharu.”

Nota kepada Editor

IMImobile ialah penyedia perisian dan penyelesaian komunikasi awan yang membolehkan syarikat menggunakan teknologi mudah alih dan digital untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

Organisasi yang mempercayai kami untuk memberikan penyelesaian interaksi pelanggan digital yang lebih pintar termasuk Vodafone Group, O2, Telefonica, Aircel, Airtel, EE, AT&T, MTN, Orange Group, Centrica, Universal Music, Tata, AA, BBC dan institusi kewangan besar.

IMImobile beribu pejabat di London dengan pejabat di Hyderabad, Atlanta, Dubai dan Johannesburg serta mempunyai lebih daripada 850 pekerja di seluruh dunia. IMImobile disenaraikan dalam pasaran AIM Bursa Saham London dengan kod TIDM, IMO.


            

Coordonnées