3D Systems Memperkenalkan Penyelesaian Pencetak 3D Pelbagai Bahan dengan Jumlah Kos Operasi yang Menjimatkan


  • Pencetak 3D pelbagai bahan komposit ProJet MJP 5600 baharu memberikan standard prestasi harga baharu untuk format besar, pencetak pelbagai bahan
  • Penyelesaian SLA yang diperluaskan termasuk bahan Accura baharu dan 3D Sprint 2.5 untuk menghubungkan pelanggan dengan pencetakan 3D yang lebih cepat dan cekap
  • Geomagic Freeform 2017 memberikan alat yang dipertingkatkan untuk reka bentuk tersuai besar-besaran dan pembuatan

PITTSBURGH, May 09, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- 3D Systems (NYSE:DDD) hari ini di RAPID + TCT 2017 mengumumkan produk, bahan dan keupayaan baharu untuk mempercepatkan penerajuannya dalam pembuatan bahan tambahan plastik.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/81d9c232-601a-44bb-8af1-63b7a27c9361

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9f28dd02-a32f-4e07-a5da-f9f23151551a

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e8a8f38f-36ec-4c99-b105-1fca17ac665e

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4ec52ffe-9339-4e4f-a5ce-e21e3d1b21ba

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cc6dfffb-cc5e-4fb9-b8e5-14f1c4f01b27

Antara pengumuman syarikat adalah pelancaran baharu bagi ProJet® MJP 5600 yang  menawarkan kelajuan cetak sehingga dua kali lebih pantas, isipadu binaan yang lebih besar, dan kos bahagian sehingga 40 peratus kurang daripada pencetak 3D pelbagai bahan milik pesaing.1 The ProJet MJP 5600 juga menampilkan perisian 3D Sprint™ 2.5 baharu yang menyumbang kepada produktiviti dengan menyediakan anggaran yang lebih baik bagi masa membina dan penggunaan bahan.

ProJet MJP 5600 menampilkan teknologi jet yang terbaik dalam kelasnya untuk membolehkan bahagian definisi tinggi digunakan untuk pemprototaipan, ujian fungsi dan model perubatan. Keupayaan pelbagai bahan pada sistem itu membolehkan pelanggan mencampurkan bahan tegar dan elastomer secara digital di peringkat voksel untuk mencapai sifat-sifat mekanikal yang unggul untuk julat aplikasi yang luas, termasuk pemasangan, komponen seperti getah, jig dan lekapan serta pewarna. Bergandingan dengan perisian 3D Sprint, ProJet MJP 5600 juga membolehkan pelanggan untuk menetapkan campuran bahan yang berbeza untuk memisahkan cengkerang dalam satu bahagian.

Syarikat juga mengumumkan VisiJet® CR-BK yang merupakan bahan plastik hitam tegar baharu untuk ProJet MJP 5600 yang membuka peluang baharu untuk menghasilkan bahagian dengan prestasi mekanikal yang dipertingkatkan untuk memenuhi reka bentuk dan model produk yangmendapat permintaan tertinggi.

Dengan Sistem Pengoperasian 64-bit, paparan 10-inci yang lebih besar dan keupayaan di atas papan untuk memotong berbilang binaan secara serentak, ProJet MJP 5600 memberikan pengalaman pengguna yang unggul dan kelajuan pemprosesan kerja yang lebih pantas melebihi ProJet MJP 5500X, yang ia gantikan.

Syarikat tersebut merancang untuk menawarkan program naik taraf untuk pemilik semasa ProJet MJP 5500X bagi melindungi pelaburan mereka dan mencapai fungsi penuh bagi ProJet MJP 5600. ProJet MJP 5600 dijangka dipasarkan sepenuhnya pada bulan Jun, dengan program naik taraf dirancang pada bulan Julai.

"Pengumuman hari ini mengembangkan kedudukan penerajuan kami dalam pencetakan plastik pelbagai bahan 3D dengan menyediakan penyelesaian yang membolehkan pelanggan untukmenghasilkan bahagian yang lebih baik dan lebih pantas pada kos yang jauh lebih rendah," kata Jim Ruder, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Plastik di 3DSystems.

Bahan SLA Baharu Meluaskan Peluang Pasaran

Syarikat tersebut juga mengumumkan ketersediaan segera dua bahan (SLA) stereolitografi baharu:

  • Accura® HPC (komposit prestasi tinggi) untuk ProX® 800 menggabungkan kekakuan unggul dengan keupayaan pengeluaran pemprosesan tinggi untuk aplikasi prestasi yang lebih maju seperti model terowong angin, pemasangan dan lekapan kimpalan, dan komponen lain yang mempunyai ketegaran yang luar biasa dan rintangan lelasan yang mungkin kritikal.
  • Accura Phoenix untuk ProJet 6000 dan 7000 menawarkan kejelasan yang luar biasa dan rintangan suhu tinggi, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk pembayangan aliran bendalir suhu tinggi di bahagian automotif kompleks dan aplikasi lain.

"Inovasi kami bergantung kepada keupayaan untuk menghasilkan dan menguji x model terowong angin berprestasi tinggi dalam isipadu yang besar," kata Patrick Warner, Pengurus Pembuatan Bahan Tambahan, Renault Sport Formula One Team. "Accura HPC memberikan kita keputusan yang boleh dipercayai dalam ujian aerodinamik, dan kelajuan pengeluaran yang tinggi adalah mungkin dengan bahan tersebut yang membolehkan kami menyemak beratus-ratus bahagian seminggu untuk memajukan prestasi kereta kami."

3D Sprint 2.5 Baharu Memberikan Kejayaan Cemerlang Dalam Produktiviti

Untuk memberikan peningkatan produktiviti yang dramatik, peningkatan dalam kualiti bahagian dan penjimatan kos kepada penggunanya, 3D Systems mengumumkan perisian 3D Sprint 2.5.  Bergandingan dengan MJP ProJet 5600, keluaran baharu tersebut menyokong produk semasa syarikat iaitu pencetak SLA serta MJP dan CJP. 2  

3D Sprint untuk pencetak SLA menjimatkan masa dan wang pengguna di samping memberikan kualiti bahagian yang unggul. Teknologi Sokongan Pintar 3D Sprint 2.5 menghasilkan sokongan SLA yang sangat berkesan untuk pemindahan yang lebih mudah, kemasan permukaan yang lebih baik dan penjimatan bahan. Pencapaian produktiviti dan kualiti bahagian hasil daripada peningkatan besar kepada perisian algoritma pemotongan. Hasil antara muka yang lebih intuitif dalam penyelesaian menyeluruh yang membolehkan operasi diselaraskan dan kos efektif, memberikan jumlah kos keseluruhan yang lebih rendah bagi setiap cetakan.

Maklum balas pelanggan awal terhadap 3D Sprint 2.5 menyatakan penjimatan masa lebih daripada 75 peratus dalam penjanaan sokongan dan pemotongan cetakan, berbanding perisian penyediaan bagi bahagian lain.

"3D Sprint adalah peningkatan yang ketara bagi perisian yang sedia ada," kata Brad Philip, Jurutera Reka Bentuk Kanan, Amcor Rigid Plastic. "Dalam beberapa kes ia adalah 60 kali lebih pantas apabila memotong binaan, serta menjadi lebih intuitif ketika membina rekaan dan manipulasi."

Syarikat tersebut merancang untuk menyediakan 3D Sprint 2.5 pada minggu ini, dengan lesen disediakan untuk pelanggan SLA, MJP dan CJP semasa tanpa dikenakan bayaran. Lesen untuk 3D Sprint 2.5 akan digabungkan dengan setiap satu pencetak baharu yang disokong, dengan lesen tambahan boleh dibeli.

Perisian Reka Bentuk Hibrid Geomagic Freeform 2017

3D Systems turut mengumumkan Geomagic® Freeform® 2017, perisian reka bentuk hibrid 3D paling menyeluruh dalam industri yang bertujuan untuk membantu pelanggan menyelesaikan reka bentuk kompleks dan cabaran pembuatan dalam satu platform.

Reka bentuk untuk bahagian tersuai besar-besaran adalah bahagian yang Geomagic Freeform lakukan dengan cemerlang, biasanya untuk pengeluaran melalui pembuatan bahan tambahan.  Walaupun reka bentuk untuk penyelesaian peribadi boleh jadi membosankan, Geomagic Freeform 2017 menyertakan aliran kerja pengeluaran untuk mempercepatkan proses berulang untuk variasi peribadi bagi reka bentuk.  Ciri-ciri baharu termasuk keupayaan untuk mencipta label teks 3D atau komponen reka bentuk baharu yang betul-betul sesuai atau mengimbangi permukaan model yang sedia ada, yang berguna apabila mereka bentuk bahagian yang acuannya mesti padan dengan objek lain. Aliran kerja pengeluaran akan melihat hasil kecekapan dan kebolehgunaan daripada keluaran baharu ini. Geomagic Freeform 2017 dijangka berada di pasaran bermula pada bulan Jun.

3D Systems mempamerkan ProJet MJP 5600, bahan SLA baharu, 3D Sprint 2.5, Geomagic Freeform 2017 dan keseluruhan rangkaian penyelesaian pembuatan hujung-ke-hujungnya untuk aeroangkasa, automotif, penjagaan kesihatan, pergigian, barangan tahan lama dan hiburan di pameran perdagangan RAPID + TCT 2017 di Pittsburgh, PA, 9-11 Mei di booth 2525. Pelawat yang datang ke pameran itu juga boleh melihat platform pengeluaran Figura 4 3D Systems baharu yang hebat untuk pembuatan bahan tambahan berskala dan bersepadu sepenuhnya.

Informasi tambahan bagi penyelesaian ini boleh didapati di www.3dsystems.com.

Pernyataan Masa Hadapan
Pernyataan tertentu yang dibuat dalam siaran ini yang bukan pernyataan sejarah atau fakta semasa adalah pernyataan masa hadapan dalam lingkungan maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995.  Pernyataan masa hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketaktentuan dan faktor lain yang mungkin menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar syarikat untuk ketara berbeza daripada hasil sejarah atau daripada sebarang hasil atau unjuran masa hadapan yang tersurat atau tersirat oleh pernyataan memandang ke hadapan yang sedemikian. Dalam kebanyakan keadaan, pernyataan masa hadapan boleh dikenal pasti dengan istilah seperti “percaya,” “kepercayaan,” “menjangka,” “mungkin,” “akan,” “menganggarkan,” “bertujuan,” “menduga” atau “merancang” atau negatif bagi istilah ini atau peristilahan lain yang setanding. Pernyataan masa hadapan adalah berdasarkan kepercayaan, anggaran dan jangkaan semasa pihak pengurusan dan mungkin termasuk ulasan kepada kepercayaan dan jangkaan syarikat berhubung dengan peristiwa dan aliran masa hadapan yang mempengaruhi perniagaannya dan semestinya tertakluk pada ketaktentuan, yang kebanyakannya di luar kawalan syarikat. Faktor yang diterangkan di bawah pengepala “Pernyataan Masa Hadapan” dan “Faktor Risiko” dalam pemfailan berkala syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, serta faktor lain, boleh menyebabkan hasil sebenar ketara berbeza berbanding hasil yang dicerminkan atau diramalkan dalam pernyataan masa hadapan. Walaupun pihak pengurusan percaya bahawa jangkaan yang dicerminkan dalam pernyataan masa hadapan adalah munasabah, pernyataan masa hadapan tidak demikan, dan tidak harus disandarkan sebagai jaminan prestasi atau hasil masa hadapan, ia juga tidak semestinya terbukti sebagai penunjuk tepat bagi masa yang prestasi atau hasil tersebut akan tercapai. Pernyataan masa hadapan yang terangkum hanya dibuat pada tarikh pernyataan. 3D Systems tidak menanggung tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak sebarang pernyataan masa hadapan yang dibuat oleh pihak pengurusan atau bagi pihaknya, sama ada sebagai hasil pembangunan masa hadapan, peristiwa atau keadaan yang berikutan atau sebaliknya.

Mengenai 3D Systems
3D Systems membekalkan produk dan perkhidmatan 3D yang menyeluruh, termasuk pencetak 3D, bahan cetakan, perkhidmatan pembuatan atas permintaan dan alat reka bentuk digital. Ekosistemnya menyokong aplikasi termaju daripada kedai reka bentuk produk ke lantai kilang sehinggalah bilik operasi. Keupayaan penjagaan kesihatan jitu 3D Systems termasuk simulasi, Perancangan Pembedahan Maya dan pencetakan peranti perubatan dan pergigian serta instrumen pembedahan khusus pesakit. Sebagai pengasas pencetakan 3D dan pembentuk penyelesaian 3D masa hadapan, 3D Systems telah menggunakan sejarah 30 tahunnya bagi membolehkan para profesional dan syarikat untuk mengoptimumkan reka bentuk mereka, mengubah aliran kerja mereka, membawakan produk inovatif ke pasaran dan memacu model perniagaan baharu.

Maklumat lanjut tentang syarikat boleh didapati di www.3dsystems.com

1. Dibandingkan dengan Objet350 Connex3™ Stratasys dan Objet500 Connex3™
2. 3D Sprint kini menyokong semua pencetak semasa SLA (ProJet 6000, ProJet 7000, ProX 800, ProX 950) dan sokongan maya untuk SLA iPro 8000 dan iPro 9000.

 


            

Coordonnées