Matmerize menggenggam anugerah DOD untuk membangunkan bahan komposit polimer tidak mudah terbakar menggunakan kaedah AI lanjutan


ATLANTA,, Nov. 15, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Matmerize, Inc., peneraju industri dalam Maklumat Polimer & Perumusan dengan bangga mengumumkan pemilihannya oleh Jabatan Pertahanan AS (DOD) untuk menerima kontrak Penyelidikan Inovasi Perniagaan Kecil (SBIR) yang bertujuan untuk mempercepatkan reka bentuk bahan komposit polimer tidak mudah terbakar baharu. Matmeriza teruja dengan potensi transformatif projek ini kerana ia bukan sahaja bakal meningkatkan keselamatan kebakaran untuk kapal dan kapal selam Tentera Laut, tetapi juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri termasuk pembinaan, aeroangkasa, automotif dan produk pengguna. Anugerah ini diberikan sebaik sahaja Matmerize menerima SBIR lain daripada Yayasan Sains Kebangsaan (NSF) bagi membangunkan seni bina pembelajaran mesin berdasarkan fizik dan diteguhkan fizik untuk memajukan pembangunan bahan.

Sifat mudah terbakar komposit polimer dinilai menerusi set parameter kuantitatif, yang biasanya diukur menggunakan instrumen/ujian standard yang ditakrifkan oleh Persatuan Ujian dan Bahan Amerika (ASTM) dan agensi lain. Bahan polimer diingini yang memenuhi nilai khusus ujian standard ASTM dan bukan ASTM memerlukan gabungan optimum polimer asas, bahan tambahan fungsi, bahan rencat api dan keadaan pemprosesan. Matmerize akan bekerjasama dengan DOD untuk membangunkan keupayaan Maklumat Polimer menggunakan data diurus yang sesuai dan teknik AI/ML canggih yang ditujukan untuk mempercepatkan rekaan komposit matriks polimer tidak mudah terbakar yang mencapai sasaran prestasi mekanikal dan haba penting lain yang diperlukan oleh Tentera Laut. 

Perkara penting dalam kontrak tersebut termasuklah:

(1) penciptaan pangkalan data bahan komposit dengan sifat mudah terbakar dan sifat berkaitan lain seperti kadar pembebasan haba maksimum, masa untuk menyala dan ketumpatan asap,
(2) pembangunan model AI yang dilatih menggunakan pangkalan data untuk meramalkan sifat berkaitan bagi perumusan komposit baharu dan
(3) mencadangkan kelompok komposit polimer yang mempunyai potensi, i.e., gabungan polimer asas, bahan tambahan fungsi, bahan rencat api dan keadaan pemprosesan untuk sintesis dan ujian secara eksperimen.

Coretan Media yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia dengan mengklik pada pautan ini:

Huan Tran, Pengarah Inovasi Penyelidikan untuk Matmerize menyatakan, “Kerjasama ini menandakan pencapaian besar dalam menghasilkan komposit polimer tidak mudah terbakar yang lebih selamat. Kami berbangga untuk menerajui pembangunan penyelesaian yang dipacu AI canggih bagi bahan komposit tidak mudah terbakar yang bukan sahaja mencapai standard pengujian ASTM yang ketat tetapi juga memenuhi keperluan keselamatan penting yang diwajibkan untuk kapal Tentera Laut kami.“

Inovasi utama Matmerize ialah PolymRize™, produk andalan mereka – platform perisian Maklumat Polimer berasaskan awan yang direka dengan teliti untuk melancarkan peningkatan polimer, komposit dan perumusan. SBIR DOD tersebut sejajar dengan misi utama Matmerize untuk mendedahkan potensi AI yang besar dalam kejuruteraan bahan lanjutan bagi menangani cabaran kritikal dan meningkatkan fungsi, keselamatan kebakaran dan kelestarian. SBIR daripada DOD dan NSF diperoleh tepat pada masanya dan akan bersama-sama mendorong serta memajukan teknologi PolymRize™ berasaskan AI dengan cara yang bersinergi.

Chiho Kim, CTO di Matmerize meluahkan keterujaan beliau dengan mengatakan “Dua SBIR pada masa yang sama yang dianugerahkan oleh DOD dan NSF menunjukkan sokongan yang utuh untuk platform Maklumat Polimer, PolymRize™ yang dirintis oleh Matmerize. Kontrak-kontrak ini akan memberi kami sumber dan sokongan yang diperlukan untuk memajukan lagi platform PolymRize™ berasaskan AI kami.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang platform PolymRize™ yang inovatif, sila lawati: https://www.matmerize.com/polymrize

Perihal Matmerize:
Matmerize, Inc. ialah syarikat pecahan baharu Institut Teknologi Georgia dan ditubuhkan oleh Dr. Rampi Ramprasad dan Dr. Chiho Kim. Matmerize ialah peneraju inovator dalam persilangan antara kejuruteraan bahan lanjutan dan kecerdasan buatan. Dengan misi untuk merevolusikan keselamatan kebakaran dan kelestarian menerusi teknologi AI, kami komited untuk berusaha sedaya upaya melangkaui jangkaan. Pasukan pakar kami berusaha untuk mencari penyelesaian yang memberi impak positif dalam pembangunan bahan baharu sambil meminimumkan jejak karbon alam sekitar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pertanyaan atau hubungan media, sila hubungi:

Matmerize, Inc.
https://www.matmerize.com
E: info@matmerize.com
Y: Tonton Video Matmerize di YouTube
L: Ikuti our LinkedIn Page