BOSTON, May 23, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar, membawakan masa depan harta benda dan kemalangan (P&C), serta insurans umum, melangsungkan Formation ’24. Acara tersebut berlangsung di Omni Dallas Hotel di Dallas, Texas.
Tema tahun ini, “Simplifying Together”, berfokuskan pada bekerja dengan pelanggan dan rakan niaga untuk mempermudahkan kerumitan insurans. Formation ’24 ialah pengalaman acara tanpa bandingan yang menampilkan memperkayakan kandungan, peluang perangkaian industri yang meluas dan aktiviti yang sukar dilupakan.
“Simplifying Together” di Formation ‘24
Formation '24 menampilkan pelanggan terhormat yang berkongsi amalan terbaik dan pengalaman terus dalam mempraktikkan inovasi ekosistem Duck Creek dan rakan niaga, sebagai tambahan kepada peneraju Duck Creek memberikan cerapan tentang kecenderungan dan teknologi industri untuk tahun yang mendatang.
“Formation ialah acara istimewa yang membenarkan Duck Creek melibatkan diri secara terus dengan pelanggan kami dan menyediakan mereka untuk tahun yang akan datang”, ujar Mike Jackowski, Ketua Pengarah Eksekutif, Duck Creek Technologies. “Kami beruntung untuk bekerjasama dengan banyak syarikat insurans inovatif yang dianggap sebagai peneraju dalam industri kami. Dunia P&C dan insurans umum berterusan menghadapi pelbagai kerumitan dan cabaran, bersama-sama, kami membina penyelesaian untuk mempermudahkan proses dan membantu insurer fokus pada perkara yang paling penting.”
Jackowski akan memainkan peranan utama untuk membincangkan cabaran ini secara mendalam dan menawarkan penyelesaian. Selepas memberikan pendirian beliau tentang keadaan industri dan bagaimana Duck Creek berusaha untuk mengatasi cabaran ini, Jackowski akan diikuti oleh pelanggan dan kakitangan Duck lain untuk memberikan perbincangan mendalam tentang topik seperti cara Software-as-a-Service (SaaS) dan Active Delivery menerusi Azure Cloud berterusan telah membantu memperhalusi penajaan jamin untuk perkembangan, keuntungan dan pengurusan risiko.
Membincangkan Kerumitan Insurtech
Tambahan kepada sesi umum pentas utama, Formation ‘24 akan mengehoskan 40 sesi umum dan kelompok hiper-terfokus untuk membincangkan setiap aspek yang bermain di minda peserta industri insurans P&C. Sesi tersebut akan membincangkan AI dan pembelajaran mesin dalam insurtech, pengurusan pengagihan dan pengurusan risiko, persekitaran awan, automasi, strategi penghijrahan yang berjaya, serta banyak lagi.
Tumpuan acara termasuk sesi kelompok panel, “The Future of Insurance in Action”, menampilkan penganalisa industri berpengaruh sebagai jurucakap jemputan. Perbincangan panel akan memfokuskan berkaitan cara insurer berfikir tentang AI, serta inisiatif perniagaan dan teknologi yang sedang mereka pertimbangkan.
“Formation ialah cara Duck Creek untuk menunjukkan komitmen kami dalam melabur untuk pelanggan kami”, ujar Chris McCloskey, Ketua Pengarah Operasi, Duck Creek Technologies. “Kami berbangga dalam membantu mengembangkan pelanggan kami dan mencapai nilai perniagaan, jadi di Formation ‘24, kami membawakan pelanggan dan rakan niaga untuk membincangkan cara kami boleh bekerja sama secara menyeluruh dengan teknologi yang betul untuk mempermudahkan proses dan mencapai hasil yang sepatutnya.”
Agenda dan barisan jurucakap kini tersedia di laman web persidangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Formation ‘24, sila lawati https://www.duckcreek.com/formation/.
Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar yang membawakan masa depan harta benda dan kemalangan (P&C) serta insurans umum. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan berterusan. Keaslian, tujuan dan ketelusan merupakan teras Duck Creek, serta kami percaya bahawa insurans perlu ada untuk individu dan perniagaan pada masa, tempat dan cara ia paling diperlukan, Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek pada saluran sosial kami untuk maklumat terkini – LinkedIn dan X.
Hubungan Media:
Carley Bunch
carley.bunch@duckcreek.com