Mediktor Memperoleh Sensely dan Menggabungkan Kedudukannya sebagai Peneraju dalam Penyelesaian Penjagaan Kesihatan AI


BARCELONA, Sepanyol dan SAN FRANCISCO, June 05, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Mediktor, sebuah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka, telah mengumumkan pemerolehan Sensely, penyedia penjagaan kesihatan digital yang beroperasi di San Francisco dan mempelopori platform perbualan yang didorong empati untuk menyokong sistem hospital dan perkhidmatan insurans dengan penglibatan ahli bertaraf dunia. Penggabungan dua penyedia penyelesaian yang didorong kecerdasan buatan terkemuka dunia ini menandakan pencapaian bagi penting teknologi perubatan, mengembangkan kehadiran global Mediktor kepada lebih daripada 35 buah negara dan meluaskan jejaknya di Amerika Syarikat.



Dari kanan ke kiri - Adam Odessky dan Cristian Pascual

Penggabungan ini menghasilkan salah satu penyedia penyelesaian berasaskan AI yang paling besar di dunia dalam ekosistem penjagaan kesihatan. Organisasi baharu ini akan dipacu oleh platform penjagaan kesihatan perbualan yang diperkaya untuk membantu dalam meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos menggunakan teknologi pelengkapnya, termasuklah pembantu perubatan AI milik syarikat. Menurut tinjauan pelanggan insurans yang terkini, 54% daripada pesakit yang menggunakannya berpuas hati dengan panduan perubatan yang diberikan dan tidak memerlukan perkhidmatan tambahan atau susulan daripada pakar perubatan.

“Pemerolehan ini merupakan langkah transformasi buat Mediktor dan mengukuhkan komitmen kami terhadap inovasi kesihatan digital. Melalui gabungan dengan Sensely, kami bersedia untuk menawarkan penyelesaian AI yang terkemuka dan berkualiti tinggi kepada pelbagai perniagaan dan akhir sekali, meningkatkan akses bagi jutaan orang kepada penjagaan kesihatan,” ujar Cristian Pascual, Ketua Pegawai Eksekutif Mediktor.

Hasil daripada penyepaduan ini, Mediktor akan memperoleh kandungan penjagaan kesihatan pendidikan daripada Mayo Clinic, yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang sudah diadakan terlebih dahulu dengan Sensely. Mayo Clinic juga akan menjadi pemegang saham syarikat yang baru bersepadu ini dan memiliki kedudukan dalam Lembaga Pengarah sebagai pemerhati.

MTIP, sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka yang beroperasi di Switzerland dan rakan kongsi lama Mediktor, telah menegaskan semula keyakinannya terhadap visi dan hala tuju syarikat ini. Sebagai ahli Lembaga Pengarah Mediktor, MTIP telah menyampaikan sokongan kewangan dan strategiknya yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerolehan Sensely oleh Mediktor dan strategi pertumbuhannya secara keseluruhan.

Pada masa yang sama, Aliath Bioventures, sebuah firma modal usaha niaga yang sudah menyokong Mediktor sejak tahun 2018, juga memainkan peranan yang penting dalam memudahkan pemerolehan ini. Aliath kekal sangat komited dalam menyokong pertumbuhan strategik Mediktor, mengukuhkan kepimpinan pasarannya dan kejayaan jangka panjang syarikat ini.

“Mediktor dan Sensely mewakili sinergi yang sempurna antara penilaian gejala berasaskan AI dan bantuan maya yang didorong empati, yang mengutamakan pesakit,” ujar Adam Odessky, Pengasas Bersama dan CEO Sensely. “Gabungan dua organisasi ini memberikan perkhidmatan teknologi yang kukuh dan menyeluruh kepada pelanggan, ia terbukti meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos overhed bagi institusi serta pada masa yang sama, menawarkan perkhidmatan penglibatan diperibadikan yang tidak dapat ditandingi kepada pesakit dan ahli insurans. Kami teruja untuk berkongsi visi Mediktor untuk menjadi pemain utama dalam bidang penjagaan kesihatan digital yang berdaya saing dan berkembang.”

Mediktor merancang untuk menyepadukan kakitangan dan pasukan pengurusan semasa Sensely ke dalam organisasi baharu, dengan En. Odessky akan menyandang peranan Ketua Pegawai Produk, dengan membawa pengalamannya yang luas dan kepimpinannya ke dalam pasukan.

Perihal Mediktor
Mediktor merupakan chatbot perubatan berasaskan AI yang paling canggih untuk triaj dan pradiagnosis, yang membimbing pesakit kepada tahap penjagaan yang betul pada masa yang betul – meningkatkan akses dan pada masa yang sama membolehkan pengendalian penjagaan yang lebih cekap. SaaS berlabel putih Mediktor yang dikuasakan oleh enjin AI canggih yang membolehkan pengguna bertutur secara sejadi dalam beberapa bahasa, merupakan saluran pelbagai dan boleh dibenamkan dengan mudah ke dalam mana-mana antara muka (web, mudah alih, atas meja). Pelanggan Mediktor termasuklah syarikat pelan kesihatan, hospital dan sistem kesihatan, telekesihatan dan farmaseutikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.mediktor.com

Perihal Sensely
Sensely merupakan pengguna inovasi terkemuka platform berasaskan avatar dan chatbot yang direka untuk membantu ahli pelan insurans serta pesakit dengan perkhidmatan insurans dan sumber penjagaan kesihatan pada bila-bila masa mereka memerlukannya. Dengan pejabat di San Francisco dan London, pasukan global Sensely menyediakan penyelesaian pembantu maya kepada pelbagai sektor penjagaan kesihatan, termasuklah syarikat insurans, sistem hospital dan klien farmaseutikal di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sensely.com.

Perihal MTIP
MTIP merupakan sebuah firma ekuiti pertumbuhan yang beroperasi di Switzerland dan melabur dalam syarikat teknologi kesihatan Eropah yang ingin merevolusikan penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Pasukan ini memanfaatkan kepakaran sektor mendalam untuk membantu dalam meningkatkan perniagaan teknologi kesihatan yang berjaya dan mampan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.mtip.ch.

Perihal Aliath Bioventures
Aliath Bioventures yang dahulunya dikenali sebagai Alta Life Sciences, merupakan sebuah firma modal usaha niaga sains hayat yang merupakan sebahagian daripada kumpulan AltamarCAM. Aliath ingin menyediakan penyelesaian kepada cabaran penjagaan kesihatan yang paling penting dengan menyasarkan syarikat terapeutik dan teknologi kesihatan yang dibina berdasarkan trend inovatif dan pengganggu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://www.aliathbio.com/.

Maklumat Hubungan Media
David Patti
Telefon: +1 908.421.5971
E-mel: dspcommsconsulting@gmail.com
www.mediktor.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3bc41a42-969c-4069-9c9e-22e128228d60