Botosoft Melancarkan Botoseal™ di Persidangan NARIC UK Tahunan ke-20

Botosoft melancarkan Botoseal™, penyelesaian keselamatan dokumen yang paling canggih di dunia.


LONDON, Dec. 17, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Botosoft Technologies, iaitu syarikat penyelesaian keselamatan yang memenangi anugerah, melancarkan teknologi anti-pemalsuan yang paling canggih di dunia, Botoseal™, di Persidangan Tahunan Pusat Maklumat Pengecaman Negara United Kingdom (NARIC UK) ke-20. Acara ini, yang diadakan di Victoria Park Plaza, London, United Kingdom pada 21 dan 22 November 2016, telah dihadiri oleh wakil daripada agensi perekrutan, badan pemeriksaan, akademia, institusi penilaian dan agensi keselamatan dari seluruh dunia.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/67f51f00-ff72-45b1-a66b-c387d7a5755e dan http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b0f8716a-9cda-42e0-84ad-4592fc6618e4.

Botosoft Technologies bangga dengan budayanya yang membuatkan kehidupan menjadi mudah,” kata Agbeyo Tolulope, CEO Botosoft Technologies. “Syarikat mengetahui bahawa pemalsuan semakin menular kerana pengesahan dokumen amat sukar; jika pengesahan menjadi mudah, pemalsuan akan dapat dikawal dan akhirnya akan dihapuskan.”

Oleh sebab masalah semasa yang berkaitan dengan keselamatan dokumen dalam organisasi, Botosoft bersama-sama HID Global, iaitu peneraju penyelesaian identiti yang dipercayai di seluruh dunia, telah membangunkan penyelesaian keselamatan dokumen yang paling canggih di dunia yang dipanggil Botoseal™, iaitu penyelesaian dengan atribut fizikal dan ciri keselamatan yang diperlukan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi keselamatan dokumen yang berjaya dalam mana-mana organisasi. Penyelesaian Botoseal™ terdiri daripada tiga modul meterai holografik, aplikasi Smartsign dan aplikasi Verifier yang selamat dan saling hubung.

“Penggabungan tenaga dengan Botosoft demi penyelesaian inovatif ini ialah lanjutan semula jadi komitmen HID Global untuk meningkatkan kepercayaan dalam pelbagai jenis kes penggunaan yang baharu. Perkhidmatan Tag Dipercayai HID , bersama dengan Botoseal, memastikan kesahihan dokumen undang-undang untuk memerangi pemalsuan,” kata Mark Robinton, Pengarah, Pembangunan Perniagaan & Inovasi Strategi, Teknologi Pengecaman dengan HID Global.  “Penyelesaian unik ini menggunakan tag NFC yang selamat dari segi kriptografi dan Pengesahan Awan HID daripada Perkhidmatan Dipercayai HID kami untuk memberikan kepastian kepada pengguna yang ingin mengesahkan kesahihan dokumen.

Botoseal™ menggantikan meterai lazim dengan meterai holografik yang dibenamkan dengan cip, yang menawarkan atribut keselamatan dan fizikal unik untuk mengelakkan pereplikaan dan penggodaman. Meterai ini akan jelas kelihatan jika diusik dan memberikan keselamatan yang mutlak pada dokumen.

Tandatangan digital lebih sukar dipalsukan berbanding dengan tandatangan tulisan tangan pada kertas. Aplikasi Smartsign Botoseal™ membolehkan anda menandatangani dokumen kertas secara digital, justeru melindungi dokumen anda serta memastikan kesahihannya untuk penerima.  Dengan menggunakan keupayaan NFC telefon pintar, satu ketikan pada dokumen dalam telefon akan dapat mengesahkan kesahihan dokumen itu.

Aplikasi Verifier Botoseal™ bukan sahaja mengesahkan kesahihan dokumen dengan lancar, malah ia juga memberikan capaian salinan digital yang jelas kelihatan jika diusik dan mudah didapati oleh pengguna. Penyelesaian ini menawarkan cara menjimat kos dan berkesan untuk mendapatkan salinan dokumen kertas, tanpa memerlukan pencetak atau mesin fotostat.

Oleh sebab pengawalan, pengurusan dan pengeluaran Dokumen merupakan teras bagi setiap perniagaan, Botoseal juga mempunyai platform pengurusan dokumen yang membolehkan pengguna, dengan bantuan papan pemuka yang bersatu, untuk menetapkan keistimewaan pengeluaran dokumen dalam mana-mana organisasi, menjejak penggunaan dokumen dan menarik balik capaian kepadanya jika perlu.

Pengenalan Botoseal™ akhirnya dapat menamatkan masalah pemalsuan dokumen, pengubahsuaian dokumen, pengubahan kandungan dan pemalsuan tandatangan. Ia terbalikkan kelaziman pemalsuan mudah dan pengesahan sukar berhubung dengan kesahihan dokumen.

Botoseal™ memudahkan proses tandatangan yang selamat dan pengesahan kesahihan dokumen yang lancar dengan ketikan telefon pintar yang senang.

Video yang dilampirkan bersama dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7495f2cf-5c21-4909-8205-f102614e5f5e

Botoseal™…the trust you need!

Mengenai Botosoft:

Kami menyokong organisasi dengan penyelesaian keselamatan yang diperlukan untuk memacu prestasi supaya mereka lebih bertumpu pada perniagaan teras mereka. Kami membangunkan penyelesaian yang membantu menyelesaikan masalah yang mencabar dengan penggunaan teknologi canggih dan telah membangunkan penyelesaian yang berharga dalam bidang-bidang berikut: Perlindungan Jenama, Sistem Pengurusan Identiti, Penyelesaian Kerajaan Ke Rakyat dan Keselamatan Dokumen. Setiap tahun, sistem pengecaman dan Pengesahan mudah alih kami digunakan oleh badan pemeriksaan peneraju Afrika. Majlis Pemeriksaan Afrika Barat mengesahkan identiti lebih daripada 1.6 juta pelajar yang menduduki peperiksaannya dengan selamat merentasi 20 ribu lokasi setiap tahun. Menerusi hubungan kerja yang berjaya dengan rakan kongsi global kami, kami telah menjadi peneraju yang memenangi anugerah dalam bidang penyelesaian keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.botosoft.com.

Gambar-gambar juga boleh didapati di Newscom, www.newscom.com, dan melalui AP PhotoExpress.


            

Contact Data