Ria Money Transfer Mengumumkan Perkongsian Strategik Baru dan Meluaskan Rangkaiannya di India Untuk Berkhidmat Kepada Kumpulan Diaspora Terbesar di Dunia


  • Ria menandatangani perjanjian langsung dengan ejen pembayaran kiriman wang terkemuka India, Paul Merchants Ltd, Weizmann Forex Ltd dan Transcorp International Ltd
  • Ejen-ejen prinsipal yang baru akan menambah puluhan ribu lokasi di seluruh India kepada rangkaian Ria
  • Perkongsian akan membekalkan pelanggan Ria dengan sebuah rangkaian pembayaran wang berkualiti tinggi di negara yang paling banyak menerima kiriman wang di dunia

BUENA PARK, Calif., May 24, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ria Money Transfer ("Ria"), syarikat pemindahan wang ketiga terbesar di dunia dan subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ:EEFT) telah menandatangani perjanjian perkongsian langsung dengan ejen pembayaran kiriman wang terkemuka India, Paul Merchants Ltd, Weizmann Forex Ltd dan Transcorp International Ltd.

Ejen prinsipal baru Ria terkenal di India dan semuanya mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman di dalam sektor pemindahan wang. Dengan penambahan Paul Merchants Limited, Weizmann Forex Limited dan Transcorp International Limited, Ria akan menaik taraf rangkaian pembayaran wangnya dalam tempoh 12 bulan berikutnya dengan menambah puluhan ribu lokasi runcit dan syarikat kewangan bukan bank yang berkualiti tinggi di seluruh India. Rangkaian yang teguh dan ada di mana-mana ini akan memberikan Ria lebih banyak pengiktirafan jenama di seluruh India di samping membekalkan banyak kemudahan dan aksesibiliti bagi penerima untuk menerima kiriman wang dengan mudah.

Juan Bianchi, CEO & Presiden Ria Money Transfer, berkata: "Dengan menjalin perkongsian dengan Paul Merchants Limited, Weizmann Forex dan Transcorp International, Ria akan meningkatkan kualiti rangkaiannya yang sedia ada di India dan membekalkan para pelanggan dengan penyebaran lokasi yang ada di mana-mana untuk menerima kiriman wang daripada orang yang tersayang, tanpa mengira lokasi tempat tinggal mereka. Kami berharap dapat menjalin perkongsian jangka panjang dan berjaya dengan semua ejen prinsipal kami dan mengalu-alukan kedatangan mereka dalam keluarga Ria."

Terdapat lebih kurang 15.6 juta orang India yang tinggal di luar negara kelahiran mereka, menjadikan mereka kumpulan diaspora yang terbesar di peringkat global. India juga adalah negara penerima nombor satu kiriman wang migran di seluruh dunia, menerima $62.7 bilion pada 20161.

Pengumuman ini menyusuli acara pelancaran di Dubai, di mana Ria mengumumkan pengembangan dan anjakan di Timur Tengah dengan lebih daripada 50 perkongsian perniagaan dalam sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan. Ibu pejabat serantau Ria di Dubai juga akan berfungsi sebagai pangkalan bagi strategi pertumbuhan globalnya yang beroperasi di rantau ini.

Pengembangan Ria di Timur Tengah adalah yang terkini dalam rentetan langkah strategik bagi syarikat ini, yang membentuk sebahagian daripada segmen pemindahan wang Euronet. Berikutan pemerolehan Ria pada 2015 ke atas perniagaan pemindahan wang Malaysia yang terkemuka, IME2, syarikat ini juga menambahkan jejaknya di Asia. Perkongsian India yang baru ini bertujuan mengukuhkan operasi Timur Tengah Ria dan menghubungkan rantau yang berbeza, membolehkan aliran pengiriman wang yang cepat dan boleh dipercayai di seluruh dunia.

Pada 2015, negara Teluk menghantar $38.6 bilion ke India, menjadikannya rantau yang paling banyak menghantar kiriman wang ke India, sementara Amerika Syarikat pula adalah negara kedua yang paling banyak menghantar kiriman wang, dengan penghantaran sebanyak $11.7 bilion. Jika digabungkan, ini mewakili 73 peratus jumlah keseluruhan yang dihantar ke India pada tahun tersebut3.

Ria telah memiliki rangkaian yang kukuh di seluruh dunia, termasuklah di negara-negara penghantar kiriman wang yang terbanyak di mana ramai warga India tinggal. Di Amerika Syarikat dan Sepanyol, pelanggan juga boleh membuat pemindahan wang ke India secara dalam talian, di www.riamoneytransfer.com dan www.riamoneytransfer.es dan di UK melalui Asda Money Transfer Powered by Ria. Sebagai tambahan kepada pengambilan wang, Ria juga menawarkan perkhidmatan deposit bank yang membolehkan pelanggan untuk memindahkan wang ke mana-mana akaun bank di India.

Mengenai Ria Money Transfer
Ria, sebuah subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ:EEFT), adalah peneraju global dalam pengiriman wang. Ria menawarkan pemindahan wang yang cepat, selamat dan berpatutan melalui rangkaian yang merangkumi kira-kira 321,000 ejen global merentasi 146 buah negara dan dalam talian di www.riamoneytransfer.com.  Syarikat ini teguh dalam komitmen mereka terhadap pelanggannya dan kekal berakar dalam komuniti di tempat mereka tinggal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.riafinancial.com dan www.riamoneytransfer.com.

Mengenai Weizmann Forex Limited
Weizmann Forex Limited - sebahagian daripada Weizmann Group yang bernilai INR 45 bilion, adalah sebuah syarikat awam berhad yang disenaraikan dalam Bombay Stock Exchange dan National Stock Exchange sejak 2011. Weizmann Group mempunyai pelbagai portfolio yang menumpukan kepada Pertukaran Matawang Asing, Pemindahan Wang Antarabangsa & Domestik, Penyelesaian Pembayaran Import & Eksport, Pelancongan & Perjalanan, Pemprosesan & Pengeksportan Tekstil serta Penjanaan Tenaga Boleh Baharu. Dengan kepakaran perniagaan selama 30 tahun. Ejen Berdaftar yang mendapat pensijilan RBI - Kategori II, Weizmann Forex mempunyai rangkaian yang kuat yang mempunyai 200+ cawangan, 54,000+ titik sentuh pelanggan di seluruh India dan perkongsian ejen yang kukuh bagi perniagaan kiriman wang ke dalamnya, telah bertumbuh dengan pesat untuk menjadi pemain peneraju dalam pasaran Tukaran dan Kiriman Wang Asing.       

Mengenai Paul Merchants Limited
Paul Merchants Limited (PML), sebuah Syarikat yang memiliki sijil ISO 9001:2008 bagi prosedur dan prosesnya yang berkualiti, adalah syarikat utama bagi "PAUL GROUP OF COMPANIES." Kumpulan ini adalah konglomerat pelbagai yang mempunyai kepentingan utama dalam Pemindahan Wang Antarabangsa, Tukaran Wang Asing, Kewangan, TV Satelit dan Pelancongan & Perjalanan. Di bawah naungan Lesen RBI yang khusus, PML menawarkan Pemindahan Wang Antarabangsa dan Perkhidmatan Tukaran Wang daripada rangkaiannya yang tersebar luas yang terdiri daripada pejabatnya sendiri dan lokasi francais sebanyak lebih daripada 22,000 di seluruh India. PML adalah di antara pemain peneraju dalam Tukaran Matawang Asing sebagai Ejen Berdaftar Berlesen RBI II. Lebih daripada itu, PML adalah nama yang sedang menaik dengan cepat dalam Pelancongan & Perjalanan dengan akreditasi IATA serta mempunyai hubungan dengan Kementerian Pelancongan India.

Mengenai Transcorp International Limited

Transcorp International Limited adalah syarikat berhad awam yang disenaraikan di Bombay Stock Exchange: membayar dividen tahunan kepada pemegang sahamnya sepanjang 17 tahun lepas. Bank Rizab India telah mengamanahkan Transcorp dengan beberapa lesen termasuk MTSS untuk membekalkan pengiriman wang ke dalam kepada keluarga migran India yang bekerja di luar negara. Di samping itu, Transcorp memegang lesen AD2 yang menjadi rebutan yang membolehkannya menjalankan perkhidmatan tukaran wang asing dan juga pengiriman wang keluar mengikut garis panduan yang terpakai. Baru-baru ini, Transcorp telah menerima lesen PPI dan telah melancarkan dompet digital Transcash dan tidak lama lagi akan melancarkan kad prabayar. Transcorp berbangga dengan rangkaian setianya yang terdiri daripada lebih 7000 rakan niaga runcit di seluruh negara dan lebih daripada 50 cawangan miliknya. Transcorp berfungsi sebagai perwakilan perbankan di peringkat kebangsaan dengan SBI - bank yang terbesar dan paling dipercayai di India. Di samping perkhidmatan kewangan seperti insurans dan pelaburan, Transcorp mempunyai subsidiari seperti Ritco Travels, sebuah agensi pelancongan yang holistik. Syarikat ini mempunyai syarikat kumpulan, Transcorp Enterprises Limited yang merupakan penukar wang berlesen RBI dan mempunyai usahaniaga di Malaysia bagi pengiriman wang dan tukaran wang asing.

____________________

1 Aliran Masuk Pengiriman Wang Bank Dunia, dikemaskini April 2016

2 Ria Memperoleh Pembekal Pemindahan Wang Malaysia IME http://ir.euronetworldwide.com/releasedetail.cfm?releaseid=918968

3 Matriks Pengiriman Wang Bilateral Bank Dunia, dikemaskini Oktober 2016

Hubungan:
Stephanie Taylor
E-mel: staylor@euronetworldwide.com 
Telefon: 913.327.4200