Kratos akan Memperkenalkan Kelas Prestasi Tinggi Terbaharu bagi Teknologi Sistem Aerial Tanpa Pemandu Tentera di Pertunjukan Udara Paris 2017

Berkos Rendah, Pesawat Berprestasi Tinggi Mewakili Dron Tentera Generasi Mendatang


SAN DIEGO, June 15, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kratos Defense & Security Solutions, Inc. (NASDAQ:KTOS), sebuah pembekal Penyelesaian Keselamatan Negara, hari ini mengumumkan syarikat itu akan secara rasmi memperkenalkan kelas baharu bagi sistem aerial tanpa pemandu yang mewakili masa depan pertempuran udara di Pertunjukan Udara Paris 2017. Kratos adalah peneraju dalam sistem aerial tanpa pemandu dengan keupayaan untuk mereka bentuk dengan cepat, membangun, menunjukkan dan memberikan dron berkuasa jet berprestasi tinggi dengan harga yang berpatutan.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7d1c48b9-07d0-4ae1-9704-646f51a30f32
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96fb3aca-7dfe-470c-b662-436d7edd7286
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a6629dc-e064-47b2-bb14-7909905913db
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/caf99365-ca62-415f-a9d3-205b812d0014

Di pertunjukan itu, Kratos akan mempersembahkan dron XQ-222 Valkyrie dan UTAP-22 Mako yang memberikan prestasi seperti pejuang dan direka untuk berfungsi sebagai pengiring kepada pesawat yang dipandu manusia di ruang udara yang dipertandingkan.

Valkyrie dan Mako mewakili generasi mendatang bagi UAV. Pesawat tersebut sangat mudah dikendalikan, senyap, mampu terbang dengan kelajuan hampir menyamai supersonik, dan boleh membawa dan mengatur kedudukan senjata atau sistem pengawasan. Valkyrie yang lebih besar, berukuran kira-kira 30 kaki panjang, mempunyai julat yang menakjubkan lebih daripada 3,000 batu nautika.

Paling penting, UAV Kratos selaras dengan strategi tentera terkini kerana boleh diguna semula dan harganya yang rendah – dalam julat $2 juta sehingga $ 3 juta. Ini menjimatkan untuk mengatur kedudukannya dalam jumlah yang mampu menyokong secara efektif pesawat dengan pemandu atau beroperasi secara bebas dalam pertempuran.

Valkyrie baru-baru ini telah diumumkan oleh Air Force Research Labs (AFRL) pada pembentangan mengenai program Teknologi Pesawat Beratribut Kos Rendah (LCAAT) di Pangkalan Tentera Udara Wright Patterson. 

"Jika anda menggabungkan sekumpulan pesawat ini dengan F-35 atau F-22 atau sebahagian daripada aset pengawasan kami, anda pada dasarnya akan mampu untuk meliputi lebih banyak ruang pada kos lebih rendah," Bill Baron, pengurus projek AFRL LCAAT, memberitahu Dayton Daily News dalam acara pada 9 Mei. "Dalam banyak kes, kita tidak mempunyai kapal terbang yang mencukupi dan jika anda lihat masa mendatang, kemungkinan besar saiz armada kita akan terus menjadi lebih terhad jadi ini adalah satu cara untuk menyediakan pengganda kuasa."

Valkyrie telah dibangunkan sejak Julai 2016, apabila Tentera Udara Amerika Syarikat menganugerahkan Kratos kontrak untuk membangunkan LCAAT tersebut. Selepas usaha reka bentuk dan pembangunan kurang daripada dua tahun, Valkyrie dijadualkan untuk penerbangan pertama pada musim bunga 2018. Mako sudah beroperasi dan dijadualkan untuk penerbangan ujian susulan, di mana ia akan membawa sensor dan akan bekerjasama dengan pesawat dengan pemandu pada bulan Jun, Julai dan Ogos tahun ini.

"Mako dan Valkyrie mewakili keseluruhan kategori baharu UAV," kata Eric Demarco, Ketua Pegawai Eksekutif Kratos. "Terima kasih kepada kepakaran dron sasaran dan pasukan penyelidikan dan pembangunan dalaman kami, kami telah dapat menggabungkan prestasi tinggi dengan kos rendah pada pesawat yang berfungsi sepenuhnya. Kami juga telah melakukannya dalam masa kurang dari dua tahun, bukan dekad."

Pertunjukan Udara Paris adalah acara aeroangkasa terbesar di dunia dan akan berlangsung pada 19 - 25 Jun. Kratos akan melayani pengunjung di booth # 3 A118.

Mengenai Kratos 
Kratos Defense & Security Solutions, Inc. (NASDAQ:KTOS) membangunkan teknologi transformatif bagi Jabatan Pertahanan dan pelanggan komersial. Kratos mengubah kejayaan teknologi untuk industri-industri ini dibawa ke pasaran melalui penyelidikan proaktif dan proses pembangunan yang diselaraskan. Kratos mengkhusus dalam sistem tanpa pemandu, komunikasi satelit, keselamatan/peperangan siber, elektronik gelombang mikro, pertahanan peluru berpandu dan sistem pertempuran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.kratosdefense.com


            

Contact Data