Sina Menawarkan Maklumat Pasaran Masa Nyata daripada Nasdaq untuk Mendayakan Pempelbagaian Portfolio

Populasi Pelabur China yang semakin meningkat kini mempunyai akses kepada Jualan Akhir Nasdaq dan GIDS daripada kesemua platform Sina


NEW YORK dan HONG KONG, March 06, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Nasdaq (Nasdaq:NDAQ) hari ini mengumumkan bahawa Sina (Nasdaq:SINA), syarikat media dalam talian terkemuka untuk China dan komuniti Cina global kini merupakan vendor rasmi bagi Jualan Akhir Nasdaq (NLS) dan Perkhidmatan Data Indeks Global (GIDS) Nasdaq di China.

Sina ialah syarikat pertama di tanah besar China yang menyediakan data pasaran masa nyata A.S. daripada Nasdaq kepada pelabur pada tahun 2013. Lima tahun selepas kerjasama pertama ini, penggunaan data tersebut telah meningkat dengan ketara mengikut pengguna dan volum. Sementara itu, Sina terus membantu pelabur di negara paling ramai penduduk itu membina dan melindungi kekayaan mereka. Selain suapan data masa nyata Nasdaq yang dibekalkan kepada firma hiliran di China, Sina kini menawarkan Jualan Akhir Nasdaq dan produk GIDS pengindeksan yang penting di semua platformnya.

“Saya tahu kami mempunyai peluang untuk membekalkan data pasaran tepat pada masanya kepada pengguna domestik, tetapi yang lebih penting ialah mencari rakan kongsi yang betul yang boleh memberikan maklumat yang tepat dan jimat kos,” kata En. Li Pai, Ketua Editor Kewangan Sina. “Nasdaq telah terbukti merupakan salah satu sumber terbaik yang membekalkan maklumat bernilai kepada demografik utama kami. Para pelabur inginkan data yang tepat dan mendalam yang boleh dilihat di mana-mana sahaja mereka mahu dan perlukan.”

“China mempunyai populasi pelabur sofistikated yang meningkat,” kata Tomas Franczyk, Pengarah Pengurusan yang bertapak di Hong Kong untuk APAC dengan Perkhidmatan Maklumat Global Nasdaq. “Kami membantu mengisi kekosongan untuk pelabur di China yang mahukan kepelbagaian dalam portfolio mereka dan mencari peluang dalam pasaran saham A.S. Kerjasama kami dengan Sina membolehkan kami memberi mereka data dagangan A.S intrahari yang paling tepat dan boleh dipercayai.”
Semakin meningkat kekayaan di China, terutamanya dalam kalangan penduduk kelas pertengahan yang berkembang, semakin tinggi minat para pelabur yang semakin ramai untuk mempelbagaikan aset mereka dan mengakses rangkaian global untuk maklumat masa nyata. Penduduk kelas pertengahan China dijangka meningkat sebanyak 850 juta orang pada 2030. Kumpulan pelabur baru ini menginginkan kepelbagaian kekayaan khususnya pasaran ekuiti, memandangkan tahap tinggi berterusan selama lapan tahun dan sejarah aliran masuk aset ke dalam ETF yang kita lihat hari ini. Untuk menekankan kepentingan hubungan ini, Nasdaq dan Sina telah melengkapkan kajian kes tentang kerja mereka bersama, yang tersedia di laman Web kami dan juga melalui CNBC di sini.

NLS membekalkan data jualan akhir intrahari masa nyata untuk semua sekuriti yang didagangkan dalam sistem Nasdaq dan Trade Reporting Facility® (TRF®) FINRA yang dikendalikan dengan kerjasama Nasdaq (“FINRA/Nasdaq TRF”). NLS menyokong semua jenis ekuiti yang disenaraikan di bursa A.S. — sekuriti yang disenaraikan di Nasdaq dan juga isu yang disenaraikan di NYSE dan Amex. Nasdaq Stock Market® mempunyai lebih kecairan berbanding sebarang bursa A.S. yang lain, oleh itu NLS merupakan sumber paling boleh dipercayai dan tepat untuk data dagangan intrahari masa nyata.

Perkhidmatan Data Indeks Global (GIDS) Nasdaq ialah suapan yang mengedarkan lebih daripada 40,000 Indeks dan titik data pada lebih daripada 750 titik data Penilaian ETF kepada peserta pasaran di seluruh dunia. Menerusi GIDS, pelabur boleh mendapatkan kemas kini masa nyata segera kepada indeks boleh niaga paling popular termasuklah indeks Nasdaq 100.

Perihal Sina:
Kami merupakan syarikat media dalam talian terkemuka yang berkhidmat untuk China dan komuniti Cina global. Rangkaian media digital kami yang terdiri daripada SINA.com (portal), SINA.cn (portal mudah alih), Aplikasi Mudah Alih SINA dan Weibo.com (media sosial) membolehkan pengguna Internet mengakses media profesional dan kandungan dijana pengguna dalam format multimedia daripada komputer dan peranti mudah alih peribadi dan berkongsi minat mereka dengan rakan dan kenalan.

SINA.com menawarkan kandungan profesional yang berbeza dan bersasar pada setiap laman web khusus rantaunya dan pelbagai tawaran pelengkap. SINA.cn dan Aplikasi Mudah Alih SINA membekalkan maklumat berita, kandungan profesional dan hiburan daripada SINA.com yang disesuaikan untuk pengguna mudah alih dalam format WAP (pelayar mudah alih) dan aplikasi mudah alih. Weibo ialah platform media sosial terkemuka untuk orang ramai mencipta, mengedar dan meneroka kandungan berbahasa Cina. Berdasarkan seni bina platform terbuka, Weibo membenarkan pengguna untuk mencipta dan menyiar suapan serta melampirkan kandungan multimedia dan juga mengakses pelbagai aplikasi yang dibangunkan secara organik dan oleh pihak ketiga, seperti permainan dalam talian.
Menerusi ciri ini dan keluaran produk lain, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan media dalam talian dan media sosial kepada pengguna kami untuk mencipta ruang perniagaan yang luas supaya syarikat dan pengiklan boleh berhubung dan berinteraksi secara berkesan dengan khalayak sasaran mereka.

Perihal Nasdaq:
Nasdaq (Nasdaq:NDAQ) ialah peneraju pembekal global perdagangan, penutupan, teknologi bursa, penyenaraian, maklumat dan perkhidmatan syarikat awam. Menerusi portfolio penyelesaiannya yang pelbagai, Nasdaq membolehkan pelanggan untuk merancang, mengoptimumkan dan melaksanakan visi perniagaan mereka dengan yakin menggunakan teknologi yang terbukti memberikan ketelusan dan pemahaman untuk mengemudi pasaran modal global hari ini. Sebagai pencipta pasaran saham elektronik pertama di dunia, teknologi Nasdaq menggerakkan lebih daripada 90 pasaran di 50 buah negara dan 1 dalam 10 transaksi sekuriti dunia. Nasdaq mempunyai kira-kira 3,900 jumlah penyenaraian dengan nilai pasaran lebih kurang $13 trilion. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati: http://business.nasdaq.com

 NDAQG
Hubungan Media Nasdaq:
Matthew Sheahan
(212) 231-5945
matthew.sheahan@nasdaq.com