Neuralstem Bakal Menyertai Persidangan Pelabur Akan Datang


GERMANTOWN, Md., March 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa ahli kumpulan pengurusan akan menyertai persidangan pelabur yang akan datang:  

  • Simposium Pelaburan & Kerjasama Penjagaan Kesihatan China B. Riley FBR, Inc. & Co. di Hangzhou, China, pada Sabtu, 17 Mac, 9.00 pagi Waktu Piawai China. Siar web audio langsung bagi pembentangan ini akan tersedia dalam bahagian Pelabur tapak web Syarikat di investor.neuralstem.com. Siar web akan diarkibkan pada tapak web Syarikat untuk 90 hari selepas pembentangan.
  • Persidangan Antarabangsa Tahunan BIO Asia yang Ke-15 di Tokyo, Jepun. Rich Daly, Presiden & CEO Neuralstem akan menyertai perbincangan panel yang bertajuk, “Pelajaran tentang Kerjasama Biofarma dengan Universiti” pada Selasa, 20 Mac, 9.00 pagi Waktu Piawai Jepun.
  • Juga di Persidangan Tahunan BIO Asia yang Ke-15, Dr. Karl Johe, PhD, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem, akan memberikan kemas kini tentang NSI-566, calon terapi sel utama Syarikat, dalam pembentangan pada Isnin, 19 Mac, 5.30 petang Waktu Piawai Jepun.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.
  • NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). 

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan sembilan bulan yang berakhir 30 September 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:

Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com