Sigma Design Menghantar Modul Cipset Z-Wave Ke-100 Juta

Momentum Z-Wave meningkat, dominasi pasaran rumah pintar dengan 100 juta unit


Fremont, Calif., April 12, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), penyedia peneraju untuk penyelesaian cip pada sistem (SoC) pintar bagi IoT rumah pintar terhubung, dengan bangganya mengumumkan bahawa modul Z-Wave ke-100 juta telah dihantar ke pasaran rumah pintar. Dengan ratusan pelanggan yang menghantar lebih daripada 2,400 peranti Z-Wave, Sigma Designs dengan mendedahkan bahawa penerima modul ke-100 juta ialah penyedia perkhidmatan rumah pintar dan pelanggan setia Sigma Designs, Vivint Smart Home. 

Perkhidmatan seperti keselamatan yang dipantau secara profesional kini menggerakkan pasaran rumah pintar. Dengan teknologi Z-Wave yang mencapai penembusan lebih 90% dalam segmen ini, tidak hairanlah Vivint, peneraju penyedia perkhidmatan rumah pintar menjadi penerima modul Z-Wave ke-100 juta. Vivint merupakan penyedia perkhidmatan pertama yang menerima Z-Wave sebagai teknologi kawalan rumah dalam panelnya dan menggunakan peranti Z-Wave yang diperakui untuk memberikan keselesaan dan kawalan seluruh rumah kepada pelanggan.

“Kami bersyukur dengan setiap pelanggan kami, sebahagiannya merupakan penyedia perkhidmatan dan pengilang terbesar dalam pasaran rumah pintar dan keselamatan yang telah menyokong Z-Wave selama bertahun-tahun dan mendorong penerimaan standard dalam pasaran sehingga kami mencapai tahap 100J modul Z-Wave dihantar,” kata Raoul Wijgergangs, VP Unit Perniagaan Z-Wave, Sigma Designs, Inc. “Kami gembira menamakan Vivint sebagai pelanggan yang menempah unit ke-100 juta. Sebagai pelanggan penyedia perkhidmatan dan inovator paling lama dalam pasaran rumah pintar dan keselamatan, Vivint telah mereka bentuk keselamatan rumah dan pakej automasi yang meningkatkan keselamatan dan kemudahan untuk pelanggan hari ini.”

“Z-Wave membolehkan kami memberikan sistem rumah pintar bersepadu kepada pelanggan supaya mereka boleh mengawal rumah mereka melalui panel, aplikasi mudah alih atau dengan menggunakan suara mereka,” kata Jim Nye, ketua pegawai pengendalian produk di Vivint Smart Home. “Kami berbesar hati menjadi penerima modul Z-Wave ke-100 juta dan tidak sabar untuk melihat sistem berkembang menjadi syer yang besar dalam pasaran.”

Perihal Sigma Designs

Sigma Designs, Inc. (NASDAQ:SIGM) ialah peneraju dunia dalam mendayakan penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membangunkan teknologi semikonduktor yang penting untuk Internet Benda (IoT) bagi peranti rumah pintar. Untuk maklumat lanjut tentang Sigma Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com.

Perihal Z-Wave

Teknologi Z-Wave® ialah standard ITU terbuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (G.9959). Ia adalah peneraju teknologi kawalan rumah wayarles dalam pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2400 produk bersijil beroperasi di seluruh dunia.  Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 700 syarikat di seluruh dunia, standard ini ialah penggerak utama penyelesaian kehidupan pintar bagi aplikasi keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan komersil ringan.

Z-Wave® ialah tanda dagangan berdaftar untuk Sigma Designs (NASDAQ:SIGM) dan subsidiarinya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Perihal Vivint Smart Home

Vivint Smart Home ialah syarikat peneraju rumah pintar di Amerika Utara. Vivint menyediakan sistem rumah pintar bersepadu dengan rundingan di rumah, pemasangan yang profesional dan sokongan oleh Profesional Rumah Pintar, serta layanan dan pemantauan pelanggan 24 jam. Vivint berdedikasi terhadap membaharui pengalaman rumah dengan produk dan perkhidmatan pintar dan telah memberi perkhidmatan kepada lebih daripada sejuta pelanggan. J.D. Power menyenaraikan Vivint Smart Home sebagai “Tertinggi dalam aspek Kepuasan Pelanggan terhadap Sistem Keselamatan Rumah.” Untuk maklumat lanjut, lawati www.vivint.com.

Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan untuk masa hadapan dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934, termasuk kenyataan tentang faedah keahlian Z-Wave Alliance, penggunaan Z-Wave dalam tawaran produk, termasuk faedah ciri dipertingkatkan tertentu untuk peranti Z-Wave. Hasil sebenar mungkin akan menjadi sangat berlainan disebabkan oleh sebilangan faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan konsumer dan pelanggan untuk Z-Wave Alliance (termasuk faedah keahliannya) dan teknologi Z-Wave di kawasan yang relevan, keupayaan Z-Wave Alliance untuk bersaing dengan perikatan serupa dalam industri dan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk berkaitan yang lain dalam pasaran, jika ada, dan juga risiko lain yang dibutirkan dari semasa ke semasa dalam laporan Ahli Z-Wave Alliance kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran. Pembaca dinasihatkan untuk tidak bergantung pada kenyataan masa hadapan ini, yang hanya menyatakan maklumat pada tarikh yang tertulis. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan secara awam atau mendedahkan hasil semakan semula kepada kenyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat akibat kejadian atau keadaan selepas tarikh tertera atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.

Hubungan Media:

Mary Miller
Sigma Designs
+1-510-897-1069
Mary_Miller@sigmadesigns.com

Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com

Foto untuk pengumuman ini tersedia di: http://resource.globenewswire.com/Resource/Download/f75fee48-9ead-48bb-b633-8fe65422d46a