SmartCash Menyerlahkan Inisiatif 2018 untuk Mempercepat Penerimaan Global, Mengikhtisarkan Pencapaian Utama

Pencapaian peta hala memfokus pada kebolehskalaan, penerimaan saudagar, keselamatan dan sokongan


NEW YORK, April 26, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- SmartCash, aset kripto yang dicipta melalui teknologi blockchain dengan fokus terhadap urus tadbir komuniti, kerjasama dan perkembangan hari ini memberikan gambaran keseluruhan pencapaian terkini dan matlamat untuk tahun ini.

Dibiaya Sendiri, Berorientasikan Saudagar, Pacuan Komuniti dan Mudah Digunakan

Pencapaian terkini telah menjadikan SmartCash pilihan ideal untuk membuat pembayaran di mana-mana sahaja di dunia dengan memperkenalkan yang berikut:

  • Alamat berdasarkan nama pengguna lwn. alamat kompleks Bitcoin dan mata wang kripto lain
  • Model biaya sendiri untuk memastikan pembangunan dan jangkauan berterusan
  • Yuran transaksi kurang daripada 1/10 per sen
  • Sistem tadbir urus canggih yang memberikan suara kepada setiap pemegang SmartCash
  • SmartNode untuk mendayakan InstantPay dan perkhidmatan akan datang lain
  • Dompet web dan aplikasi mudah alih yang mudah digunakan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inovasi SmartCash, lawati https://smartcash.cc/

Inisiatif 2018 untuk Mempercepat Perkembangan Komuniti SmartCash

Setelah melengkapkan pencapaian peta jalan sebelum ini, pasukan pembangun SmartCash global telah menyenaraikan sepuluh pencapaian peta jalan baharu untuk dilaksanakan menjelang hujung tahun ini. Inisiatif ini menekankan misi utama SmartCash untuk menyediakan mata wang kripto yang berdaya maju, boleh baur, berorientasikan saudagar, mesra pengguna dan dipacu komuniti dengan sistem tadbir urus tidak berpusat.

SmartCard

Sistem pembayaran revolusioner yang meningkatkan dan/atau mengatasi had semasa kaedah pembayaran konvensional dengan keupayaan untuk menyediakan saudagar baharu dalam beberapa minit sahaja, pengesahan transaksi dalam kurang sesaat, kebolehgunaan di mana perkhidmatan bank tradisional tidak tersedia dan simpanan yang tidak terkira untuk saudagar oleh kerana yuran transaksi yang hampir tidak wujud.

Kefungsian Hantar ke E-mel

Penghantaran SmartCash kepada individu atau syarikat lain menjadi lebih mudah dengan keupayaan penghantaran SmartCash secara langsung ke alamat e-mel sesiapa sahaja, walaupun mereka tidak mempunyai akaun dompet web sedia ada.

Blok Mudah Suai

Saiz blok akan meningkat berdasarkan saiz purata blok untuk membolehkan transaksi maksimum per saat, yang memastikan kebolehskalaan optimum apabila lebih banyak individu dan saudagar menggunakan SmartCash.

Pusat Sokongan 24 Jam

Pasukan sokongan SmartCash akan bersedia berkhidmat di pusat sokongan 24 jam yang akan membantu saudagar baharu menerima SmartCash dan juga memberi panduan kepada pengguna baharu.

Inovasi Dompet Digital, Naik Taraf Utama dan Banyak Lagi

Item lain pada peta halan termasuklah memperkenalkan dompet elektrum supaya pengguna tidak perlu menunggu blockchain dimuat turun, melancarkan dompet mudah alih tempatan dengan keupayaan perdagangan berbilang mata wang, menaik taraf pelayar blok supaya lebih tepat dan antara muka ditingkatkan dan banyak lagi.

Untuk melihat peta jalan visual dan kemajuan semasa, lawati https://smartcash.cc/roadmap/

Penglibatan Firma Hubungan Media

Untuk meningkatkan keterlihatan bagi pencapaian lalu dan pengumuman akan datang, komuniti SmartCash telah mengundi untuk melibatkan Blockchain Relations. Dengan kontrak rasmi pada 1 April 2018, Blockchain Relations akan menggunakan beberapa saluran dan platform komunikasi untuk memastikan liputan media yang berterusan melalui artikel dan editorial gugusan, jangkauan wartawan, portal berita berjenama SmartCash dan pelbagai inisiatif penglibatan.

Perihal SmartCash

SmartCash (SMART) ialah mata wang kripto berdasarkan blockchain yang berbeza daripada yang lain kerana ditadbir urus oleh komuniti, mempunyai perbendaharaan komuniti dibiaya sendiri, dan akses pelombongan ke PC standard. Dengan penekanan terhadap penglibatan komuniti dan penerimaan saudagar, SmartCash bertujuan untuk mencipta mata wang kripto paling aktif dan cepat berkembang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash, lawati: https://smartcash.cc/

Flipbook Interaktif

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash melalui flipbook interaktif, lawati http://smartcash.blockchainnewssource.com/flipbook/

Berhubung dengan Komuniti SmartCash

Perbualan Discord di https://discord.gg/BDUh8jr
Perbualan Telegram di http://bit.do/smartcash
Media sosial Twitter di https://www.facebook.com/scashofficial/
Media sosial Facebook di https://www.facebook.com/scashofficial
Media sosial YouTube di https://www.youtube.com/channel/UCzwZxu6BtWcRiQXdPqNeB5Q/featured

Hubungan SmartCash
SmartCash
https://smartcash.cc/
hello@smartcash.cc

Hubungan Blockchain Relations
Blockchain Relations
http://www.blockchainrelations.io
614-465-6025
press@blockchainrelations.io