SmartCash Mengumumkan Kejayaan Inisiatif yang Diluluskan Komuniti dan Dibiayai oleh Perbendaharaan Projek SmartHive

Pencapaian baru oleh ahli komuniti proaktif mempamerkan keberkesanan rekaan berpusatkan komuniti yang mengagumkan


NEW YORK, June 01, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- SmartCash, aset kripto yang dicipta melalui teknologi blockchain dengan fokus terhadap urus tadbir komuniti, kerjasama dan perkembangan hari ini menyediakan ikhtisar inisiatif komunitinya yang telah dilengkapkan. Setiap projek disokong oleh Perbendaharaan Projek SmartHive yang dibiayai oleh sebahagian daripada ganjaran blok dan kemudian disalurkan melalui pemegang SmartCash yang menyertai SmartVoting.

Membina Masa Hadapan

Cadangan kepada komuniti SmartCash merangkumi idea yang hampir sama banyak dengan peserta, dengan setiap satu mendapat perhatian dalam proses undian untuk pembiayaan SmartHive. 22 projek yang telah dibiayai dan diselesaikan dengan jayanya termasuklah:

  • Penajaan acara inovasi dan teknologi terbesar di Mexico di mana puluhan ribu orang berkumpul dan dapat menonton pembentangan tentang SmartCash
  • Program selama sebulan yang menyediakan 2,500 hidangan pada setiap hari Ahad kepada orang yang kelaparan di Venezuela dan mengajar mereka tentang kemandirian menerusi SmartCash
  • Pengenalan SmartCash di salah sebuah sekolah perniagaan terkemuka di Perancis menerusi persidangan SmartEvent yang disesuaikan untuk pelajar universiti
  • Penciptaan, pembiayaan dan pelaksanaan program bola sepak untuk kanak-kanak dan belia rentan di Brazil
  • Pengenalan SmartCash kepada pelajar dan guru di lima buah universiti di Ghana
  • Penghasilan Video Pendidikan Blockchain Aktuari yang menampilkan potensi dan ganjaran teknologi blockchain dalam kewangan
  • Peluasan Jerayawara SmartCash di Ghana kepada saudagar yang mencari cara untuk menukarkan mata wang kripto kepada barang dan perkhidmatan di Afrika
  • Penajaan ahli MMA Mexico
  • Penyenaraian SmartCash pada MasterNodes.Online untuk meningkatkan keterlihatan dalam kalangan penggemar mata wang kripto  
  • Pembangunan kursus bertaraf universiti yang menampilkan SmartCash
  • Melatih belia Cameroon untuk menjadi bijak wang menerusi penggunaan SmartCash dalam kegiatan perusahaan
  • Mempromosikan SmartCash pada acara blockchain kripto di Kampus Smart Services di Belanda

Mengembangkan Ekosistem SmartCash

Pengeraman dan pengembangan komuniti SmartCash merupakan teras setiap cadangan. Peserta memaparkan keterujaan dan bersedia untuk menaikkan jenama SmartCash dan pendekatannya yang berfokus terhadap memupuk usahawan, menyelesaikan masalah dan merintis laluan universal ke arah dunia yang lebih baik. Pembiayaan telah pun diperuntukkan untuk 35 lagi cadangan yang dipacu komuniti dan akan meningkatkan lagi keterlihatan dan penerimaan SmartCash di seluruh dunia.

“Rekaan yang berpusatkan komuniti membolehkan kami mengeksploitasi pelbagai bakat, menikmati manfaat besar dalam keberkesanan dan memberi peluang kepada semua orang untuk mendatangkan impak yang signifikan melalui idea unik mereka,” kata jurucakap komuniti SmartCash. “Semakin ramai orang dari seluruh dunia menyertai komuniti kami yang semakin berkembang. Kami berasa teruja untuk melihat cara baharu yang diperkenalkan dan mampu meningkatkan capaian dan keterlihatan kami.”

Kebolehcapaian untuk Semua

Komuniti SmartCash mengalu-alukan semua orang yang ingin menyertai dan melontarkan idea mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses menghantar cadangan, lawati laman web SmartCash dan pilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang tersedia untuk melibatkan diri.

Perihal SmartCash

SmartCash (Crypto: SMART) ialah mata wang kripto berdasarkan blockchain yang berbeza daripada yang lain, dengan tadbir urus komuniti, mempunyai Perbendaharaan Projek SmartHive yang dibiaya sendiri dan akses pelombongan ke PC standard. Dengan penekanan terhadap penglibatan komuniti dan penerimaan saudagar, SmartCash bertujuan untuk mencipta mata wang kripto paling aktif dan cepat berkembang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash, lawati: https://smartcash.cc/

Flipbook Interaktif

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash melalui flipbook interaktif, lawati http://smartcash.blockchainnewssource.com/flipbook/

Berhubung dengan Komuniti SmartCash

Perbualan Discord di https://discord.gg/BDUh8jr
Perbualan Telegram di http://bit.do/smartcash
Media sosial Twitter di https://twitter.com/scashofficial
Media sosial Facebook di https://www.facebook.com/scashofficial
Media sosial YouTube di https://www.youtube.com/channel/UCzwZxu6BtWcRiQXdPqNeB5Q/featured

Hubungan SmartCash
SmartCash
https://smartcash.cc
hello@smartcash.cc

Hubungan Blockchain Relations
Blockchain Relations
http://www.blockchainrelations.io
614-465-6025
press@blockchainrelations.io