Uxin Limited Mengumumkan Harga Tawaran Awam Awal


BEIJING, June 28, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Uxin Limited (“Uxin”), platform e-dagang kereta terpakai terbesar di China hari ini mengumumkan harga tawaran awam awal (“IPO”) untuk 25 juta saham pemegang simpanan Amerika (“ADS”), setiap satu mewakili tiga saham biasa, pada harga awam sehingga $9 setiap ADS. Sejajar dengan tawaran persendirian $175 juta bon boleh tukar, jumlah yang dikumpul ialah $400 juta, jika penaja jamin tidak memilih untuk membeli ADS tambahan. Uxin telah memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli sehingga 3.75 juta ADS tambahan untuk menanggung perumpukan berlebihan.

ADS dijangka mula didagangkan pada Bursa Saham NASDAQ pada 27 Jun 2018 di bawah simbol saham “UXIN”. Tawaran tersebut dijangka ditutup pada 2 Julai 2018, tertakluk pada syarat penutupan biasa.

Morgan Stanley & Co. International plc, Goldman Sachs (Asia) L.L.C., J.P. Morgan Securities LLC, China International Capital Corporation Hong Kong Securities Limited, dan China Renaissance Securities (Hong Kong) Limited bertindak sebagai pengurus bookrunner bersama untuk tawaran ini dan sebagai wakil penaja jamin.

Tawaran sekuriti ini dibuat hanya melalui prospektus yang menjadi sebahagian daripada penyata pendaftaran yang efektif. Apabila tersedia, salinan prospektus akhir berkaitan tawaran ini boleh didapati daripada mana-mana sumber berikut:

  • Morgan Stanley & Co. International plc: 180 Varick Street, New York, NY, 10014, Room 214, 2nd Floor
  • Goldman Sachs (Asia) L.L.C.; Alamat: 200 West Street, New York, New York 10282-2198
  • J.P. Morgan Securities LLC; Alamat: c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717
  • China International Capital Corporation Hong Kong Securities Limited; Alamat: 29th Floor, One International Finance Centre, I Harbour View Street Central, Hong Kong
  • China Renaissance Securities (Hong Kong) Limited; Alamat: Units 8107-08, Level 81, International Commerce Centre, 1 Austin Road West, Kowloon, Hong Kong

Penyata pendaftaran pada Borang F-1 berkaitan sekuriti ini telah diisi dan diisytiharkan efektif oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat. Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti, dan tiada jualan sekuriti ini dalam sebarang negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan seperti itu adalah melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau pelayakan di bawah undang-undang sekuriti dari sebarang negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Uxin

Uxin (NASDAQ:UXIN) ialah platform e-dagang kereta terpakai terbesar di China mengikut bilangan transaksi dan jumlah barang dagangan kasar. Misi Uxin adalah untuk membolehkan orang ramai membeli kereta pilihan mereka, tidak kira di mana mereka berada di China. Uxin membenarkan pengguna dan peniaga membeli dan menjual kereta melalui platform dalam dan luar talian bersepadu yang inovatif dan memenuhi setiap langkah transaksi serta meliputi seluruh rantaian nilai, termasuk penerokaan, pemeriksaan kereta, pemindahhakkan, waranti, kewangan dan insurans. Perkhidmatannya disokong oleh teknologi yang canggih; data yang meluas tentang pembeli, penjual, kenderaan dan transaksi, platform dalam talian yang boleh diskala; dan rangkaian luar talian yang melibatkan lebih daripada 670 pusat perkhidmatan dan 7 pusat transaksi di lebih 270 bandar di seluruh China.

Untuk pertanyaan pelabur, sila hubungi:

Vivian Xu
Hubungan Pelabur Uxin
vivianxu@xin.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Cindy Wang
Pemasaran Uxin
cindy@xin.com

Scott Patrick / Stephanie Heise
Brunswick Group
(212) 333-3810
uxin@brunswickgroup.com