Persidangan Media Hari Isnin untuk Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru: Hasil Penyelidikan Klinikal dan Perbezaan Jantina dalam Kemandirian Kanser Paru-Paru


TORONTO, Sept. 26, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada persidangan media hari ini di Persidangan Kanser Paru-Paru ke-19 (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC), presiden bersama persidangan, Dr. Andrea Bezjak, M.D., FRCPC, MSc, profesor di Jabatan Onkologi Radiasi adan Polisi, Pengurusan dan Penilaian Kesihatan, University of Toronto dan ahli onkologi radiasi Pusat Kanser Princess Margaret, meringkaskan pelbagai topik penyelidikan yang dibentangkan dalam persidangan hari ini, daripada penemuan penyelidikan klinikal yang penting hingga ke perbezaan jantina dalam kemandirian kanser paru-paru.  

Penyelidikan IMpower132 menunjukkan atezolizumab yang digandingkan dengan carboplatin dan pemetrexed meningkatkan kemandirian dalam Tahap 4 NSCLC tidak berskuamus
Penemuan terkini daripada penyelidikan IMpower132, dibentangkan oleh Vassiliki A. Papadimitrakopoulou, M.D., ketua Bahagian Onkologi Perubatan Toraks di Pusat Kanser MD Anderson, menunjukkan penggunaan atezolizumab yang digandingkan dengan carboplatin sebagai terapi langkah pertama dan pemetrexed sebagai terapi pengekalan meningkatkan kemandirian tanpa kemajuan (PFS) di kalangan pesakit dengan kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) tidak berskuamus Tahap 4. 

Walaupun data belum dikira matang, hasil awal menandakan peningkatan dalam kemandirian keseluruhan (OS) dengan kombinasi tiga ubat tersebut. Hasil ini penting kerana ia menandakan sejarah median OS yang rendah selama 12 bulan yang ditemui dengan pilihan rawatan standard penjagaan boleh dipertingkatkan.

“Penemuan daripada IMpower132 menandakan bahawa penambahan atezolizumab ke teras carboplatin dan kemoterapi pemetrexed memberikan keberkesanan klinikal yang lebih baik berbanding carboplatin dan pemetrexed sahaja...menawarkan pilihan rawatan bernilai yang memanjangkan kemandirian untuk pesakit dengan NSCLC tidak berskuamus Tahap 4,” ujar Dr. Papadimitrakopoulou.

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Entrectinib menghasilkan tindak balas klinikal yang bermakna dalam lanjutan setempat atau NSCLC positif-gabungan metastatik ROS1
Penemuan terkini menunjukkan entrectinib, perencat ROS1/NTRK/ALK triosina kinase oral, kuat dan berpilih, menghasilkan tinak balas klinikal bermakna dan tindak balas sistemik yang kukuh di kalangan pesakit dengan atau tanpa metastasis sistem saraf pusat (CNS), menurut hasil yang dibentangkan hari ini oleh Robert C. Doebele, M.D., Ph.D., daripada Jabatan Onkologi Perubatan di University of Colorado.

Hasil tersebut terdiri daripada analisis bersepadu tiga kajian, ALKA, STARTRK-1 dan STARTRK-2, serta melibatkan 53 orang pesakit. Kadar tindak balas adalah 77.4 peratus, dengan tempoh tindak balas median selama 24.6 bulan. Kemandirian tanpa kemajuan median adalah selama 26.3 bulan untuk pesakit tanpa metastasis CNS dan 13.6 bulan untuk pesakit dengan metastasis CNS. Entrectinib adalah bertoleransi dengan profil keselamatan boleh urus.

"Data tersebut nampak mengujakan. Harapannya adalah entrectinib boleh menggantikan crizotinib sebagai terapi langkah pertama menangani NSCLC positif ROS1," ujar Dr. Doebele.

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Dr. Lucy Kalanithi, jurucakap pleno pembuka Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru IASLC, memeriksa cara penyakit serius boleh mencipta kesedaran bermakna untuk HCP,pengasuh dan pesakit
Kepentingan mempunyai kesedaran bermakna secara profesional dan peribadi apabila berdepan dengan penyakit yang serius, seperti kanser paru-paru, merupakan topik pembuka Sesi Pleno hari ini, “Pesakit Diutamakan.” Jurucakap Lucy Kalanithi, M.D., menawarkan dua perspektif unik sebagai pakar perubatan dan pengasuh yang kehilangan pasangan mudanya kerana kanser paru-paru Tahap 4.  

“Apabila anda merupakan pakar perubatan yang bekerja dengan penyakit yang serius seperti kanser paru-paru, cabaran datang dengan peluang untuk menambah nilai dan kesedaran bermakna bukan sahaja kepada nyawa pesakit anda, tetapi juga bagi diri anda sendiri,” ujar Dr. Kalanithi. “Profesion ini bukan sekadar kerja, ianya adalah tanggungjawab.”

Pembentangan pertama Dr. Kalanithi di WCLC, When Breath Becomes Air, berkongsi tajuk penulisan suami beliau terlaris New York Times nombor satu, yang mana beliau menulis epilognya.

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Kajian menunjukkan pendedahan pencemaran udara luaran, nyata lebih tinggi di kalangan wanita bukan perokok yang menghidap kanser paru-paru berbanding wanita perokok yang menghidap kanser paru-paru
Penemuan daripada kajian terkini, yang dibentangkan oleh Renelle L. Myers, Agensi Kanser British Columbia, Vancouver, menunjukkan bahawa pesakit kanser paru-paru wanita yang tidak pernah merokok mempunyai kadar pendedahan pencemaran udara luar yang jauh lebih tinggi berbanding pesakit kanser paru-paru wanita dengan sejarah merokok.

Hasil kajian menunjukkan median pendedahan pencemaran udara oleh pesakit kanser tidak merokok adalah lebih daripada dua kali ganda berbanding perokok dengan kanser paru-paru. Menariknya, bukan perokok dengan tahap ambien paling tinggi pendedahan jirim partikel merupakan 74 peratus wanita.

“Hasil kajian ini menekankan kepentingan untuk memfaktorkan pencemaran udara luar kepada pembangunan kanser paru-paru di kalangan wanita, terutamanya yang tidak pernah merokok,” ujar Myers. “Walaupun pendedahan tempoh lama kepada ambien jirim partikel telah dikaitkan dengan risiko pembangunan kanser paru-paru yang tinggi...tiada model ramalan risiko penyaringan kanser paru-paru yang menyertakan pencemaran udara sebagai faktor risiko individu dalam pengiraannya.”

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Wanita dengan kanser paru-paru bukan sel kecil hidup lebih lama berbanding lelaki, menurut kajian WCLC
Wanita yang disyaki menghidap kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) hidup lebih lama berbanding lelaki, menurut kajian SWOG yang dibentangkan hari ini oleh Kathy Albain, M.D., Pengerusi Sumbangan Keluarga Huizenga dalam bidang Kajian Onkologi di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine.

Dr. Albain dan pasukan SWOG beliau mengkaji 981 pesakit yang baru dikesan dengan NSCLC Tahap 1, 2, atau 3 dan menghimpunkan mereka ke dalam empat kohort berdasarkan jantina dan sejarah merokok. Tanpa menghiraukan sejarah merokok atau sebarang faktor lain, wanita dalam percubaan mempunyai kadar kemandirian keseluruhan (OS) yang nyata lebih tinggi berbanding lelaki. Analisa menemukan bahawa wanita tidak merokok dan wanita merokok mempunyai kadar OS yang nyata lebih baik berbanding dengan lelaki tidak merokok dan lelaki merokok.

“Wanita dengan NSCLC hidup lebih lama, walaupun apabila kami mengawal setiap faktor yang mempengaruhi kemandirian NSCLC, termasuk tembakau dan pendedahan lain, faktor gaya hidup, tahap penyakit, rawatan, biologi tumor dan faktor hormon,” ujar Dr. Albain. “Kajian tambahan diperlukan untuk menyiasat lebih mendalam tentang kemandirian lebih wanita dalam populasi ini dan percubaan klinikal yang besar kami perlu seimbang sepenuhnya untuk wanita.”

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Perkhidmatan berhenti merokok diterima secara meluas semasa penyaringan kanser paru-paru
Kajian terkini, dibentangkan oleh William Evans, M.D., FRCPC, profesor emeritus, Jabatan Onkologi Universiti McMaster dan Penasihat Klinikal, Penghentian Merokok, Jagaan Kanser Ontario, menemui bahawa perkhidmatan berhenti merokok (SCS) yang ditawarkan semasa penyaringan kanser paru-paru mempunyai kadar penerimaan yang tinggi oleh para perokok.

Daripada 808 individu yang layak untuk penyaringan kanser paru-paru, 63 peratus dikenalpasti sebagai perokok. Daripada perokok yang layak disaring, 89 peratus menerima kaunseling pemberhentian berdasarkan hospital dan 88 peratus daripada mereka yang mempunyai tomografi berkomputer (CT) berdos rendah dalam tempoh yang dilaporkan menghadiri sesi kaunseling berdasarkan hospital.

“Adalah penting untuk mengambil peluang bagi membincangkan pemberhentian merokok dengan mereka yang menghadiri program penyaringan,” ujar Dr. Evans. “Motivasi daripada individu yang hadir untuk penyaringan, ditambah pula dengan pendekatan yang diambil oleh jururawat, telah menjadikan program tersebut berjaya. Dengan mengambil pendekatan empatetik, kami telah berjaya membantu para perokok untuk mendapatkan bantuan yang mereka perlukan untuk mengatasi ketagihan nikotin.”

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Strim secara langsung untuk persidangan media harian ini tersedia di sini.

Perihal WCLC
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 7,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Persidangan ini akan mengupas pelbagai disiplin dan mendedahkan hasil penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://wclc2018.iaslc.org/. Ikuti persidangan di media sosial dengan: #WCLC2018.

Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang mengkhusus hanya untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. Diasaskan pada tahun 1974, ahli persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru yang meliputi semua disiplin di lebih daripada 100 negara dan membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk melawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology, iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti IASLC di TwitterFacebookLinkedIn dan Instagram.

Hubungan:

Naib Presiden
lrivero@jpa.com| +1 617-657-1305

, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org | +1 720-254-9509