- Angelini Pharma mendapat hak pembangunan, pembuatan dan pemerdagangan yang eksklusif terhadap OV101 (gaboxadol) sebagai rawatan berpotensi untuk sindrom Angelman di Kesatuan Eropah dan negara lain di Kawasan Ekonomi Eropah, dan juga Switzerland, Turki, United Kingdom serta Rusia
- Ovid Therapeutics akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $20 juta dan bayaran tambahan sehingga $212.5 juta selepas kemajuan pembangunan, pengeluaran dan jualan berjaya dicapai selain royalti dua digit pada jualan bersih jika berjaya diperdagangkan
- Angelini Pharma akan melaksanakan perjanjian melalui sekutu baharunya Angelini Pharma Rare Diseases AG
- Ovid bakal menganjurkan panggilan persidangan dan siar web hari ini pada 8:15 a.m. EDT
NEW YORK dan ROME, July 15, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ovid Therapeutics Inc. (NASDAQ: OVID, kemudian dari ini “Ovid”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang komited untuk membangunkan ubat yang mengubah kehidupan orang yang mengalami penyakit neurologi yang jarang berlaku, dan Angelini Pharma S.p.A. (kemudian dari ini “Angelini Pharma”), sebuah syarikat farmaseutikal dimiliki keluarga dari Itali komited untuk membantu pesakit dengan fokus yang tetap dan umum terhadap Kesihatan Mental, Penyakit Jarang Berlaku dan Kesihatan Pengguna, mengumumkan perjanjian yang menyatakan bahawa Angelini Pharma akan bertanggungjawab untuk membangunkan, membuat dan memperdagangkan OV101 (gaboxadol) sebagai rawatan berpotensi untuk sindrom Angelman di Kesatuan Eropah dan negara lain di Kawasan Ekonomi Eropah, dan juga Switzerland, Turki, United Kingdom serta Rusia. Angelini Pharma akan melaksanakan perjanjian melalui sekutu baharunya Angelini Pharma Rare Diseases AG. OV101 dipercayai merupakan satu-satunya agonis reseptor GABAA delta (δ) terpilih yang sedang dibangunkan dan kini sedang dinilai dalam percubaan NEPTUNE Fasa 3 yang penting dalam sindrom Angelman, dengan hasil terbaik yang dijangka diperoleh pada suku keempat tahun 2020.
Mengikut terma perjanjian tersebut, Ovid akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $20 juta dan layak untuk menerima sehingga $212.5 juta bayaran tambahan selepas kemajuan pembangunan, pembuatan dan jualan berjaya dicapai bagi petunjuk awal (sindrom Angelman) serta royalti dua digit pada jualan bersih jika OV101 berjaya diperdagangkan. Ovid akan mengekalkan semua hak komersial A.S. dan dunia terhadap OV101.
“Kami teruja untuk menyertai kerjasama strategik dengan Angelini Pharma dengan matlamat untuk membawa OV101, jika diluluskan, kepada komuniti Angelman di Eropah dengan secepat mungkin. Angelini Pharma ialah rakan kongsi yang ideal untuk Eropah kerana mereka mempunyai pengetahuan serantau yang mendalam, sebuah infrastruktur mantap dengan sejarah pelancaran produk yang berjaya dan komitmen untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti pesakit yang mereka layani,” kata Jeremy Levin, DPhil, MB, BChir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ovid Therapeutics. “Mencari rakan kongsi yang betul untuk membawa OV101 kepada komuniti Angelman secepat mungkin merupakan sebahagian daripada strategi global kita. Kami percaya bahawa kerjasama ini dengan Angelini akan membantu dalam memaksimumkan nilai komersial yang berpotensi bagi OV101 dan mencapai objektif strategik kita di kawasan penting ini."
“Hari ini ialah hari yang akan kami ingati. Melalui kerjasama kami dengan Ovid Therapeutics, kami meletakkan asas untuk membangunkan penyelesaian kesihatan inovatif untuk penyakit yang jarang berlaku, selaras dengan strategi baharu Angelini Pharma,” kata Pierluigi Antonelli, CEO Angelini Pharma. “Unit perniagaan baharu Angelini Pharma Rare Diseases AG akan menyumbang kepada pembangunan, pendaftaran, pengeluaran dan, jika diluluskan, pemerdagangan OV101 di Eropah, ubat Ovid Therapeutics yang sangat menggalakkan sedang dinilai dalam percubaan klinikal Fasa 3 untuk rawatan sindrom Angelman. Setakat ini, tiada rawatan berkesan untuk penyakit genetik yang jarang berlaku ini, dicirikan dengan kecacatan psikomotor yang teruk, yang menunjukkan tanda sejak zaman kanak-kanak. Memenuhi komitmen kami membanggakan kami daripada kedua-dua perspektif impak saintifik dan sosial.”
"Sebagai pemegang saham dan pegawai eksekutif Angelini Holding, kami terus melabur dalam bidang farmasi yang hari ini mewakili separuh daripada perolehan Kumpulan kami,” komen naib presiden eksekutif Thea Paola Angelini dan CEO Sergio Marullo di Condojanni. “Strategi pembangunan global dan pengantarabangsaan kami memfokuskan pada bidang perniagaan dengan potensi pertumbuhan yang tinggi. Secara khususnya, kami menilai secara teliti semua peluang yang boleh wujud bukan sahaja dalam penjagaan kesihatan tetapi juga dalam sektor pengguna dan jentera."
Rothschild & Co berperanan sebagai penasihat kepada Ovid dalam perjanjian kerjasama tersebut.
Perihal Sindrom Angelman
Sindrom Angelman ialah keadaan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan dengan pelbagai tanda dan simptom. Ciri sifat keadaan ini termasuklah pertumbuhan yang lambat, kecacatan intelektual, gangguan pertuturan yang teruk, masalah dengan pergerakan dan keseimbangan, sawan, gangguan tidur dan keresahan. Sebab paling lazim bagi sindrom Angelman ialah kehilangan fungsi gen yang mengekod ligase protein ubikuitin E3A (UBE3A) yang berperanan penting dalam komunikasi sel saraf, lalu mengakibatkan perencatan tonik yang terganggu. Individu dengan sindrom Angelman biasanya mempunyai jangka hayat biasa tetapi tidak dapat hidup secara berdikari. Oleh itu, mereka memerlukan sokongan berterusan daripada rangkaian pakar dan penjaga. Sindrom Angelman menjejaskan kira-kira 1 dalam 12,000 hingga 1 dalam 20,000 orang di seluruh dunia.
Tiada terapi yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA), Agensi Perubatan Eropah atau seluruh dunia untuk sindrom Angelman dan rawatan biasanya terdiri daripada intervensi tingkah laku dan pengurusan farmakologi simptom.
Sindrom Angelman dikaitkan dengan pengurangan dalam perencatan tonik, iaitu satu fungsi reseptor GABAA delta (δ) terpilih yang membolehkan otak manusia mentafsirkan isyarat neurologi eksitatori dan perencat dengan betul tanpa terlebih beban. Jika perencatan tonik berkurangan, otak akan dibanjiri isyarat dan kehilangan keupayaan untuk mengasingkan hingar latar daripada maklumat kritikal.
Perihal OV101 (gaboxadol)
OV101 dipercayai sebagai satu-satunya agonis reseptor GABAA delta (δ) terpilih dalam pembangunan dan ubat percubaan pertama untuk menyasarkan gangguan perencatan tonik secara khusus, iaitu proses penting fisiologi otak yang dianggap sebagai sebab di sebalik gangguan perkembangan neurologi tertentu. OV101 telah didemonstrasikan di dalam kajian makmal dan model haiwan untuk mengaktifkan reseptor GABAA delta (δ) terpilih secara khusus, yang ditemukan di ruang sinaps luar (di luar sinaps) dan oleh itu memberikan impak kepada aktiviti neuronal melalui modulasi perencatan tonik.
Ovid sedang membangunkan OV101 untuk rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X yang berpotensi untuk memulihkan semula perencatan tonik lalu menangani beberapa simptom penting dalam keadaan penyakit ini. Dalam kedua-dua sindrom ini, patofisiologi yang tersembunyi termasuklah gangguan perencatan tonik yang dimodulasi melalui subunit δ pada reseptor GABAA . Dalam kajian praklinikal, diperhatikan bahawa OV101 mengurangkan simptom sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Sebatian ini juga telah diuji sebelum ini pada lebih 4,000 pesakit (lebih daripada 1,000 tahun pendedahan pesakit) dan diperhatikan sebagai memiliki profil keselamatan dan bioketersediaan yang diingini. Ovid sedang menjalankan percubaan klinikal Fasa 3 yang penting dengan OV101 bagi sindrom Angelman (NEPTUNE) dan telah melengkapkan percubaan klinikal pencarian isyarat Fasa 2 dengan OV101 bagi sindrom Fragile X (ROCKET).
OV101 telah menerima Rare Pediatric Disease Designation daripada FDA untuk rawatan sindrom Angelman. FDA juga telah memberikan designasi Orphan Drug dan Fast Track untuk OV101 untuk kedua-dua rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Selain itu, Suruhanjaya Eropah (EC) telah memberikan designasi ubat yatim kepada OV101 bagi rawatan sindrom Angelman. Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S. telah memberikan paten kepada Ovid yang ditujukan untuk kaedah merawat sindrom Angelman dan sindrom Fragile X menggunakan OV101. Paten yang dikeluarkan akan tamat tempoh pada tahun 2035 tanpa lanjutan kawal selia.
Maklumat Panggilan Persidangan dan Siar Web Ovid
Ovid Therapeutics akan menganjurkan panggilan persidangan langsung dan siar web hari ini pada 8:15 a.m. Waktu Timur. Siar web langsung ini boleh diakses dengan melayari bahagian Investors pada laman web Syarikat di https://investors.ovidrx.com/news-events/presentations-events. Secara alternatif, sila hubungi 866-830-1640 (A.S.) atau 210-874-7820 (antarabangsa) untuk mendengar panggilan persidangan langsung. Nombor ID persidangan untuk panggilan langsung ialah 5579257. Main semula siar web akan tersedia pada laman web Syarikat selepas panggilan persidangan langsung.
Perihal Ovid Therapeutics
Ovid Therapeutics Inc. ialah syarikat biofarmaseutikal yang berpangkalan di New York yang menggunakan pendekatan BoldMedicine® untuk membangunkan ubat yang mengubah kehidupan pesakit yang mengalami gangguan neurologi yang jarang berlaku. Ovid mempunyai rangkaian meluas bagi ubat yang berpotensi menjadi pertama seumpamanya. Ubat percubaan paling maju Syarikat ini, OV101 (gaboxadol), kini dalam pembangunan klinikal untuk rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Ovid juga sedang membangunkan OV935 (soticlestat) dalam kerjasama dengan Takeda Pharmaceutical Company Limited untuk potensi rawatan ensefalopati epilepsi dan perkembangan (DEE) yang jarang berlaku. Untuk maklumat lanjut tentang Ovid, sila lawati www.ovidrx.com.
Perihal Angelini Pharma
Angelini Pharma, dimiliki oleh Angelini Holding, ialah sebuah Syarikat farmaseutikal yang komited untuk membantu pesakit dengan fokus yang berterusan dan umum pada Kesihatan Mental, termasuk Kesakitan, Penyakit Jarang Berlaku dan Kesihatan Pengguna. Angelini Pharma mempunyai program R&D yang meluas dan diiktiraf, loji pengeluaran "Bertaraf Dunia" dan aktiviti pemerdagangan antarabangsa bagi bahan aktif dan ubat peneraju pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.angelinipharma.com
Perihal Angelini Holding
Angelini Holding ialah syarikat induk bagi kumpulan antarabangsa yang beroperasi dalam sektor farmaseutikal dan barangan pengguna. Diasaskan di Itali pada tahun 1919, hari ini kumpulan Angelini beroperasi di 17 negara dengan kakitangan seramai 5,600 dan perolehan sebanyak €1,7 bilion. Selain sektor Farmaseutikal, kumpulan Angelini beroperasi di bidang perniagaan Penjagaan Peribadi dan Rumah melalui Fater, satu usaha sama dengan Procter & Gamble, dalam bidang Jentera, sekali lagi dalam usaha sama dengan P&G dengan kumpulan yang beroperasi dalam automasi dan robotik untuk barangan industri barangan pengguna Fameccanica, dalam Pembuatan Minyak Wangi dan Penjagaan Kulit dan Perlindungan dari Cahaya Matahari dengan Angelini Beauty dan dalam sektor Wain melalui Bertani Domains. Angelini Holding baru-baru ini juga telah memasuki pasaran makanan Bayi melalui MadreNatura, usaha sama dengan Hero Group, yang menawarkan 100% produk makanan bayi organik.
Pernyataan Prospektif Ovid Therapeutics
Siaran akhbar ini merangkumi pendedahan yang mengandungi pendedahan tertentu yang mengandungi “pernyataan prospektif,” termasuk, tanpa batasan, pernyataan berkenaan: memajukan pembangunan dan pemerdagangan OV101, manfaat berpotensi dan nilai OV101; jadual pelaporan jangkaan bagi data klinikal untuk OV101; dan potensi manfaat dan hasil daripada kerjasama ini. Anda boleh mengenal pasti pernyataan prospektif kerana pernyataan tersebut mengandungi perkataan seperti “akan,” “nampaknya,” “yakin” dan “jangkakan.” Pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan dan anggapan terkini Ovid. Oleh sebab pernyataan prospektif berkaitan dengan masa hadapan, pernyataan tersebut tertakluk pada ketidakpastian yang wujud, risiko dan perubahan dalam keadaan yang mungkin berbeza secara material daripada keadaan yang dimaksudkan oleh pernyataan prospektif itu yang bukan pernyataan fakta sejarah mahu pun menjamin atau memastikan prestasi masa depan. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang terkandung dalam pernyataan prospektif ini merangkumi ketidakpastian dalam pembangunan dan proses kelulusan kawal selia, dan hakikat bahawa data awal daripada percubaan klinikal mungkin tidak mewakili dan juga tidak menjamin hasil akhir percubaan klinikal dan tertakluk pada risiko bahawa satu atau lebih hasil klinikal mungkin berubah secara material semasa pendaftaran pesakit berterusan dan/atau lebih banyak data pesakit tersedia. Risiko tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material berbanding yang terkandung dalam pernyataan prospektif tersebut dinyatakan dalam pemfailan Ovid dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di bawah kapsyen “Risk Factors”. Risiko tersebut mungkin dikuatkan oleh pandemik COVID-19 dan potensinya menjejaskan perniagaan Ovid dan ekonomi global. Ovid tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung di sini untuk menggambarkan sebarang perubahan dalam jangkaan, walaupun maklumat baharu akan tersedia.
Maklumat Hubungan Ovid Therapeutics
Pelabur dan Media:
Ovid Therapeutics Inc.
Hubungan Pelabur & Perhubungan Awam
irpr@ovidrx.com
Atau
Pelabur:
Steve Klass
Burns McClellan, Inc.
sklass@burnsmc.com
(212) 213-0006
Media:
Katie Engleman
1AB
katie@1abmedia.com
Maklumat Hubungan Angelini Pharma:
Daniela Poggio
Ketua Komunikasi Global Angelini Pharma
+39 348 6558882
daniela.poggio@angelinipharma.com
Maklumat Hubungan Angelini Holding:
Pengarah Perhubungan Institusi & Luaran Angelini Holding
+39 348 6707240
alessandra.favilli@angeliniholding.com