Morrow Sodali Mengukuhkan Kedudukan Peneraju Pasaran Dengan Pemerolehan Australia Baharu

Pemerolehan syarikat komunikasi kewangan dan hubungan pelabur utama, Citadel-MAGNUS bakal mendorong pertumbuhan pesat dan perkembangan yang signifikan


NEW YORK, Nov. 10, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Morrow Sodali, firma penasihat pengambilan pemegang saham dan pentadbiran terkemuka mengumumkan pemerolehan agensi komunikasi kewangan dan hubungan pelabur Australia, Citadel-MAGNUS hari ini, kali pertama sejak TPG Growth memperoleh saham majoriti pada April tahun ini.

Pemerolehan yang bertapak di Australia itu menandakan perkembangan signifikan untuk tawaran perkhidmatan Morrow Sodali di rantau APAC bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat daripada syarikat yang mahu mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan pengambilan pelabur strategik.

Gabungan Morrow Sodali dan Citadel-MAGNUS menyatukan dua pakar perunding pasaran terkemuka yang dipercayai bagi memberikan nasihat dan sokongan strategik yang terbaik dalam bidang ini kepada pelanggan kami. Citadel-MAGNUS akan disepadukan dengan Morrow Sodali, yang membolehkan syarikat tersebut memberikan tawaran yang lancar dan suite penyelesaian hubungan pelabur dan komunikasi paling komprehensif kepada entiti tersenarai dan swasta dengan tujuan mengerahkan perkhidmatan yang dikembangkan ini ke pasaran lain.

Pemerolehan ini menandakan kemajuan yang signifikan dalam strategi Morrow Sodali bagi mempercepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam perkhidmatan yang mencipta nilai untuk pelanggannya di serata dunia.

Alvise Recchi, CEO Morrow Sodali berkata, "Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan global strategik Morrow Sodali, penambahan Citadel-MAGNUS akan mengembangkan tawaran perkhidmatan kami untuk merangkumi suite perkhidmatan penasihat Lembaga, C-Suite dan ESG, Hubungan Pelabur dan Komunikasi Kewangan yang lebih luas. Kami tidak sabar untuk melihat potensi peluang yang mengujakan ini menjadi kenyataan di samping terus maju dalam pasaran baharu di seluruh dunia."

Christian Sealey, CEO Perniagaan Antarabangsa Morrow Sodali menambah, "Semakin banyak pelanggan kami datang untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dalam pelbagai jenis lapangan yang meliputi komunikasi pemegang saham, pengambilan pemegang saham, maklumat pasaran modal, pentadbiran korporat dan penasihat ESG. Pemerolehan Citadel-MAGNUS membolehkan kami memberikan penyelesaian strategik untuk pelanggan dan menempatkan kami untuk menjadi rakan kongsi berterusan mereka yang dipercayai.

Peter Brookes, Pengarah Pengurus Bersama Citadel-MAGNUS berkata, "Pasukan kami teruja untuk bergabung tenaga dengan Morrow Sodali. Kami melihat keperluan yang semakin meningkat untuk memberikan pelanggan tawaran hujung-ke-hujung merentas masa kewangan dan aktiviti yang dipacu acara yang semakin kompleks, yang mana komunikasi mantap amat diperlukan. Gabungan firma kami menyatukan dua syarikat penasihat terkemuka dan dipercayai yang bertapak kukuh di Australia korporat dan berkongsi fokus dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang."

Perihal Morrow Sodali

Morrow Sodali ialah firma penasihat korporat global yang memberikan nasihat dan perkhidmatan komprehensif berkaitan pentadbiran korporat, ESG, kelestarian, solisitasi proksi, maklumat pasaran modal, pengambilan pemegang saham dan pemegang bon, M&A, aktivisme dan situasi perbalahan.

Daripada ibu pejabat di New York dan London serta pejabat di pasaran modal global, Morrow Sodali berkhidmat kepada lebih daripada 1,000 pelanggan di lebih daripada 80 buah negara, termasuk kebanyakan syarikat multinasional terbesar dunia. Pelanggan termasuklah syarikat tersenarai dan swasta, kumpulan dana bersama, bursa saham dan persatuan keahlian.

Pada 2022, Morrow Sodali menyambut ulang tahun ke-50 dan juga memperoleh pelaburan majoriti daripada TPG Growth, platform pasaran sederhana dan pertumbuhan modal untuk firma aset alternatif TPG. Perkongsian ini bakal mendorong misi firma tersebut untuk memberikan nasihat strategik dan sokongan komprehensif tanpa tandingan kepada pelanggan di seluruh dunia, yang membolehkan mereka memaksimumkan nilai dan mengurus hubungan pemegang saham dengan terbaik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Morrow Sodali, sila lawati www.morrowsodali.com.

Perihal Citadel-MAGNUS

Citadel-MAGNUS ialah firma komunikasi korporat dan kewangan terkemuka dengan pejabat di Sydney dan Perth yang berkhidmat untuk pelanggan di seluruh Australia dan antarabangsa.

Kami telah memantapkan reputasi dalam memberikan hasil yang mengagumkan kepada pelanggan kami menerusi hubungan yang dipercayai, integriti dan kecemerlangan profesional. Keutamaan kami adalah menyokong objektif perniagaan pelanggan menerusi komunikasi yang berkesan dan tahap perkhidmatan yang tinggi.

Citadel-MAGNUS menyediakan pengalaman pasaran kewangan, korporat dan media untuk membantu syarikat menghadapi cabaran dalam persekitaran perniagaan hari ini yang kompetitif dan berubah-ubah. Kami telah bekerja dengan pelbagai syarikat dalam semua sektor dan saiz, kejayaan kami telah memantapkan perkongsian jangka panjang dengan tokoh perniagaan dan syarikat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.citadelmagnus.com.

HUBUNGAN:

Elena Cargnello

Pengarah Korporat, Pemasaran

e.cargnello@morrowsodali.com

+44 (0)20 4513 6913