LONDON, Dec. 16, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC) dengan sukacita mengumumkan pelancaran Kontrak Saham AS untuk Perbezaan (CFD) pada platform dagangannya. Penambahan yang sangat dinanti-nantikan ini meluaskan lagi rangkaian produk dagangan EBC sedia ada, yang merangkumi forex, komoditi, indeks dan banyak lagi. Dengan pelancaran ini, pedagang global kini mempunyai akses yang lancar kepada saham syarikat paling berpengaruh di dunia, termasuk NVIDIA, Tesla, Apple, Microsoft dan Meta. Pembangunan ini meletakkan EBC di barisan hadapan dalam menyampaikan peluang dagangan yang inovatif kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik, Amerika Latin, Afrika dan seterusnya.
Pelancaran tersebut seiring dengan waktu penting untuk pasaran global, berikutan pilihan raya presiden AS yang telah menghidupkan semula ketidaktentuan pasaran dan peluang perdagangan. CFD Saham AS EBC memperkasakan pedagang global untuk memanfaatkan dinamik ini, menawarkan cara yang inovatif untuk mempelbagaikan portfolio sambil menavigasi landskap kewangan global yang sentiasa berubah.
Merapatkan Jurang: Akses Global kepada Pasaran Saham AS
Pasaran saham AS, yang menyumbang lebih 65% daripada permodalan pasaran global, diiktiraf sebagai pusat kewangan dan inovasi global. Dengan memperkenalkan CFD Saham AS, EBC membolehkan pelanggannya mengakses pasaran yang rancak ini, dengan memanfaatkan prestasi jenama ikonik AS merentasi sektor teknologi, perbankan dan runcit.
Tawaran ini merangkumi saham yang dipilih secara teliti, yang terkenal dengan potensi pertumbuhan dan daya tahannya seperti NVIDIA, yang menerajui dalam AI telah memacu lonjakan saham sebanyak 170% pada tahun ini.dan Apple, peneraju dalam teknologi dan produk pengguna.
Melalui tawaran EBC yang terbaharu, pedagang boleh mengambil kedudukan dalam pergerakan pasaran secara mudah, dengan kemudahan untuk sama ada membeli (go long) atau menjual (go short) bergantung pada keadaan pasaran. Selain itu, penyingkiran duti setem memastikan pengalaman perdagangan yang berkesan kos. Dengan mengoptimumkan keperluan modal, platform ini membolehkan pelabur melibatkan diri dengan syarikat terkemuka AS tanpa perlu mengeluarkan dana yang besar, menawarkan kebolehcapaian dan portfolio yang fleksibel.
Satu lagi ciri utama adalah peluang untuk mendapat manfaat daripada pembayaran dividen korporat. Kedudukan yang dipegang pada tarikh ex-dividen akan menerima ganjaran yang setara, mencerminkan faedah pemilikan saham langsung. Digabungkan dengan platform yang diperkemaskan yang menghubungkan pedagang secara langsung ke pasaran AS melalui satu akaun, EBC memastikan pengalaman yang cekap dan mudah bagi mereka yang menavigasi salah satu pasaran kewangan paling dinamik di dunia.
Visi Yang Dikongsi Bersama Pelabur Global
Sebagai peneraju global dalam perdagangan dalam talian, EBC sentiasa berinovasi agar sejajar dengan keperluan pelanggannya yang semakin berkembang. Penambahan perdagangan saham AS menekankan komitmen syarikat dalam menyediakan rangkaian penyelesaian kewangan yang komprehensif yang memperkasakan pedagang untuk berjaya dalam pasaran yang kompleks.
Perihal EBC Financial Group
Ditubuhkan di daerah kewangan yang dihormati di London, EBC Financial Group (EBC) terkenal dengan rangkaian perkhidmatan komprehensifnya yang merangkumi pembrokeran kewangan, pengurusan aset dan penyelesaian pelaburan yang komprehensif. EBC dengan cepat telah menetapkan kedudukannya sebagai firma pembrokeran global, dengan kehadiran yang meluas di hab kewangan utama seperti London, Hong Kong, Tokyo, Singapura, Sydney, Kepulauan Cayman dan merentasi pasaran baharu yang muncul di Amerika Latin, Asia Tenggara, Afrika dan India. EBC memenuhi keperluan pelanggan pelabur runcit, profesional dan institusi yang pelbagai di seluruh dunia.
Dengan pengiktirafan daripada pelbagai anugerah, EBC berbangga kerana mematuhi tahap piawaian etika dan peraturan antarabangsa yang terkemuka. Anak syarikat EBC Financial Group dikawal selia dan dilesenkan dalam bidang kuasa tempatan mereka. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) UK, EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA), EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Australia's Securities and Investments Commission (ASIC).
Teras EBC Group ialah para profesional berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam institusi kewangan utama, yang pernah mengharungi kitaran ekonomi penting dengan cekap iaitu daripada Plaza Accord hingga krisis franc Swiss 2015. EBC memperjuangkan budaya yang mementingkan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap penglibatan pelabur dilayan dengan kesungguhan yang sewajarnya.
EBC ialah Rakan Kongsi Pertukaran Asing Rasmi FC Barcelona, menawarkan perkhidmatan khusus di rantau seperti Asia, LATAM, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. EBC juga merupakan rakan kongsi United to Beat Malaria, sebuah kempen United Nations Foundation, yang bertujuan untuk meningkatkan hasil kesihatan global. Bermula dari bulan Februari 2024, EBC menyokong siri penglibatan awam 'What Economists Really Do' oleh Jabatan Ekonomi Oxford University yang menjelaskan bidang ekonomi dan penggunaannya terhadap cabaran masyarakat utama untuk meningkatkan pemahaman dan dialog awam.
Hubungan Media:
Angela Wu
Perhubungan Awam Global (APAC)
angela.wu@ebc.com
Susindhraseghar Chandrasekar
Perhubungan Awam Global (APAC)
susindhra.c@ebc.com
Chyna Elvina
Pengurus Perhubungan Awam Global (APAC, LATAM)
chyna.elvina@ebc.com
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4d20b58e-0a98-46d9-aea9-8abcad57a18e/ms